Yes,
that's it! Apa yang uol baca kat tajuk tu, itu lah yang Yaya nak share
untuk entry kali ni. Tajuk tu dah memberi gambaran sepenuhnya tentang
apa yang Yaya nak kongsikan kali ni. Lagi pasal breastfeeding. Kenapa
Yaya semangat and suka sangat bercerita dan berkongsi tentang
breastfeeding ni? Sebab Yaya sangat support breastfeeding ni. As for me,
dapat menyusukan baby dengan susu ibu selama 2 tahun ni merupakan satu
kemenangan.
Tempoh penyusuan susu ibu:
6 bulan - diploma
1 tahun - ijazah
1 tahun 6 bulan - master
2 tahun - phD
Haa...macam
tu laa lebih kurang gambaran tentang tempoh penyusuan susu ibu ni. Uol
dah sampai tahap mana? Kalau dah berjaya susukan baby dengan susu ibu
selama 6 bulan pun dah rasa happy giler. Susu ibu sahaja taw. Yaya baru
je nal masuk bulan 3 and masih panjang lagi perjuangan ni. So, uol
doakan Yaya kuat semangat dan rajin untuk susukan baby dengan susu ibu
ni ye. Semuanya demi anak.
Setiap
kali dengar anak tegur air susu tu, gulp! gulp! gulp! Memang gembira
yang teramat. Perasaan tu tak terkata. Macam segala penat lelah selama
ni terbalas. haha penat lelah apa entah. Penat lelah mengandungkan baby
kot. Uol ibu-ibu yang menyusukan baby dengan susu ibu ni mesti faham kan
apa yang Yaya cuba nak sampaikan ni. You feel me, right?
Okay,
berbalik pada perkaitan antara breastfeeding dan premium beautiful
corset. Bila diri-sendiri pakai pb corset masa susukan baby, memang
terlebih excited laa kan nak share apa yang kita rasa. So, Yaya akan
listkan tindak balas yang berlaku dan apa yang Yaya rasa @ alami bila
pakai pb corset ni. Yaya ceritakan dalam bentuk kronologi supaya lebih
enjoy untuk uol baca dan mudah nak faham.
1)
Hari pertama masa kat hospital. Masa dalam wad. Yaya perah susu. Masa
ni, susu yang keluar adalah colustrum yang kekuningan tu. Sikit giler.
Walaupun Yaya tahu amount tu dah cukup untuk baby yang umur 1 hari
(sebab perut baby pun kecik je), Yaya still tak puas hati. haha sebab
selalu tengok orang perah susu dapat banyak. Tapi takpe, masa ni boleh
sabar lagi. Dengan kolustrum yang sedikit tu, Yaya pergi wad baby untuk
suapkan baby colustrum tu. Alhamdulillah baby telan. Comel je masa tu.
Maklum lah, first time tengok mulut baby telan susu. haha. Masa ni Yaya
cuba jugak untuk susukan baby secara direct. Tapi Yaya tak biasa dan
rasa kekok. So, baby tak berapa nak hisap. hehe ibu- ibu wajib cari
banyak ilmu tentang penyusuan ni taw. Macam Yaya, banyak lagi yang nak
kena belajar.
2)
Masa hari ke2, time ni dah boleh discharge. Yaya perah lagi susu.
Alhamdulillah colustrum dah makin banyak. Lazat je tengok susu warna
kekuningan camtu. Yaya ok je dengan amount sebanyak tu sebab baby pun
banyak tido masa ni. Almost 24 jam tido je kerja nya. Yaya kejutkan
untuk menyusu pun tak layan.
3)
Masa hari ke5, still lagi dalam pantang. Time ni Yaya just pakai Long
bra PB je dulu. Sebab masa tu, luka jahitan tak sembuh lagi. Still rasa
sakit. Kalau bagi Yaya, sakit yang teramat. Setiap kali jalan @ gerakkan
badan, mesti rasa sakit. Nak duduk pun kena senget sebelah, kalau tak
menyucuk-nyucuk je rasanya. Ngilu. Sebab tu Yaya tak berani nak pakai
full set pb. Yaya decide untuk pakai bila luka jahitan dah sembuh
(mindset masa tu laa)
4)
Masuk hari ke4, colustrum dah mula takde ganti dengan susu matang yang
warna putih tu pulak. Masa ni susu dah start banyak. Baju asyik basah je
sebab susu melimpah. So, Yaya beli pump. Tak beli electric pump pun.
Sebab Yaya bukannya nak kejar untuk kumpul stok. Perah sekadar untuk
kurangkan bengkak susu je. So, Yaya decide untuk beli haakaa pump.
Alhamdulillah best je bila perah susu. Senang nak bergerak ke mana-mana.
Bila tengah pump, tak perlu nak duduk setempat. Nak buat kerja sambil
pump susu pun boleh. Overall, memang Yaya puas hati laa dengan haakaa
pump ni. Berbaloi dengan harga (iklan ke ni??). haha
5)
Oh ye, masa hari ke berapa entah, Yaya lupa dah. Masa ni, masih lagi
keluar colustrum. Colustrum yang nampak lazat tu terpaksa dibuang macam
tu je. Sebab dah lama sangat kat luar. Silap Yaya jugak tak simpan dalam
fridge. Yaya tunggu baby bangun, tak bangun-bangun. Asyik tidur je.
Hubby siap pujuk Yaya, cakap takpe laa...nanti bagi je susu lain.Yaya
merajuk susu terpaksa buang macam tu je.
Kenapa
Yaya merajuk? Nilai susu ibu dan susu formula ni tak sama taw. Kalau
susu formula terpaksa buang macam tu je, Yaya takde laa rasa terkilan
sangat. Sebab nilai nye di wang ringgit. Tapi kalau susu ibu yang
terpaksa dibuang, rasa sedih sangat Susu ibu ni harga nya tak ternilai.
Susu semulajadi anugerah Allah untuk kaum wanita je. Lelaki ada? Takde
kan. Tu yang specialnya. Dan tak semua orang dapat peluang susukan baby
dengan susu ibu, tapi Yaya dapat peluang tu. Rasa bertuah dan beruntung
sangat. Sebab tu lah Yaya sedih sangat sampai nak merajuk bila susu
terpaksa dibuang.
6)
Hari ke 5-20, alhamdulillah susu badan still ada. Melimpah-limpah.
Sentiasa bengkak susu. Rasanya asbab pakai long bra pb ni. Masa ni
memang setiap hari terpaksa perah, simpan dalam peti untuk elakkan
bengkak susu.
7)
Hari ke21, bermulalah episod manis dalam hidup Yaya. Masyaallah
speechless rasa nya bila tengok stok susu start hari ke21 ni. Bemula
hari ke21, Yaya dah start pakai full set pb (long bra, waist nipper,
long girdle). Masa ni, luka jahitan tak sembuh sepenuhnya lagi, tapi
sakit tu dah takde. So, ok laa Yaya beranikan diri pakai full set pb.
Dan keputusan Yaya untuk pakai full set pb memang tak silap. Susu
melimpah-limpah. Kalau sebelum ni, pakai long bra je pun susu dah
banyak, kali ni pakai full set lagi banyak yang keluar. Tak terkata,
dalam peti penuh stok susu. Tak muat peti ais sebab stok daging raya
haji pun banyak. hahaha
Start hari ke21 sampai lah sekarang hari ke63, alhamdulillah Yaya tak miss pakai pb full set.
Haa
lagi satu benefit yang Yaya dapat bila pakai pb full set, alhamdulillah
luka jahitan makin cepat sembuh. Hehe sebelum ni beriya laa tak nak
pakai sebab sakit. Kalau pakai awal-awal kan senang. Rugi masa je.
Apa yang Yaya rasa bila pakai pb full set ni. Beza ke kalau pakai pb?
Jawapan nya MEMANG BERBEZA!
---->
Bila pakai pb ni, badan kita akan rasa warm. So peredaran darah makin
lancar. As we all know, air susu tu pun dari darah kan. So, bila
peredaran darah lancar, air susu yang dihasilkan makin banyak dan flow
air susu tu pun makin laju.
Masa
pakai pb, kita boleh rasa aliran air susu tu turun ke breast. Rasa warm
and sakit sikit. Lepas tu memang bengkak susu laa kan.
Musim
raya haji tu memang elok sangat laa pakai pb ni sebab musim raya asyik
makan yang berlemak je kan. So, pb ni membantu lancarkan darah. Memang
wajib pakai pb. Shape body cantik and berat maintain tu satu bonus laa
kan?
----->
Masa menyusu pulak, long bra pb tu membantu menyokong payudara. So,
elok sangat untuk ibu-ibu yang tak nak breast kendur/londeh ke bawah.
Biasa laa, lepas bersalin memang breast agak kendur. Yaya pun mengaku.
Tu effect yang memang tak boleh nak elak dah. Tapi kita boleh anjalkan
balik breast tu kan? So, Yaya beruntung sangat miliki set pb ni.
Insyaallah dengan pemakaian pb yang konsisten, boleh naikkan balik
breast yang jatuh tu.
Haa
lagi satu. bil long bra pb tu menyokong kedudukan breast time
menyusukan baby, lekapan mulut baby tu pun betul. So senang untuk baby
suck susu tu. Baby selesa, ibu pun happy.
----->
Fabrik pb yang sangat selesa untuk penyusuan. Cup bra tu just selak je
ke bawah. Then susukan baby macam biasa. Pakai pb ni tak leceh pun.
Senang je kalau pakai ikut cara yang betul.
----->
Selain dari tu, waist nipper pb ni sangat membantu untuk menyokong
tulang belakang masa menyusukan baby. Bagi ibu-ibu yang breastfeed anak,
tahu laa macam mana lenguhnya tengkuk dan belakang badan tu bila
menyusukan baby terlalu lama. Nak-nak kalau baby yang jenis rendam
puting. Mau berejam jugak laa duduk di posisi yang sama (baby Yaya laa
tu).
So
memang elok sangat pakai waist nipper time susukan baby. Badan pun tak
membongkok. Sebab kalau takde apa-apa sokongan dekat badan, kita tak
sedar pun badan membongkok. So, pakai waist nipper ni memang tak
membongkok dah. Tegak je badan. Baby pun selesa.
So, teruja tak baca entry Yaya kali ni? Perkongsian kali ni ikhlas dari hati Yaya. My own experience.
Next
entry, Yaya akan kongsikan lagi tentang kebaikan pb corset ni masa
berpantang. Excited sebab Yaya dah rasa sendiri. So teruja nak share
dengan uol. hehe
Lepas
baca entry kali ni, rasa tak sabar nak sarung pb corset kat badan kan?
So, apa tunggu lagi. Contact Yaya cepat-cepat untuk dapatkan harga kasih
sayang. Bagitahu je uol customer dari blog. Nanti kita nego-nego lah
harga ye
Untuk
yang nak join kami jadi pb expert pun boleh. Untung runcit dapat,
untung bonus pun dapat. Haa macam mana tu? Nak tahu lebih lanjut, jangan
segan-segan untuk contact Yaya ye.
Bye!
Cik Yaya
019-9045851 @ 014-5002339
#PremiumBeautiful
#PbExpert #PbKelantan #AgentUtamaPremiumBeautiful #Breastfeeding
#TipsBanyakkanSusuIbu #BisnesOnline #KorsetBerpantang #BengkungModen
#SetBerpantang #SetBersalin #Pregnant