Monday, October 13, 2014

ALAHAI PREMIUM BEAUTIFUL

Semalam Yaya cakap Yaya nak keluar dengan kawan -kawan kan? Akhirnya hasrat nak pergi pantai dah tercapai. Pantai Irama, Bachok. kuatnya ombak. Maklumlah sekarang ni kadang- kadang hujan turun tak menentu walaupun musim tengkujuh dah lama berakhir


Tapi satu benda yang Yaya kagum dengan ombak ni. sangat setia menghempas pantai. dan begitulah hidup manusia, perlu ada kesetiaan dalam diri. barulah orang percaya dan kita pun senang nak berjaya


 Bila Yaya tengok gambar2 semalam, Yaya perasan blouse yang Yaya pakai ni sendat 2 3 minggu yang lepas. masa tu Yaya dengan kawan- kawan keluar makan chicken chop kat PK CORNER. masa tu tak pakai korset lagi. Sangat sendat baju tu sampai Yaya rasa tak selesa.nak cepat- cepat balik je



Bila lepas habis melantak sepinggan chicken chop, lagi la rasa sendat yang tak terkata. nak jalan pun susah. bila dah keadaan nya macam ni, automatik self- confidence pun melayang entah ke mana

Tapi, bila Yaya pakai blouse yang sama semalam, Eh dah tak ketat macam hari tu laa.rasa happy pulak bila pakai. Yela, buat apa beli baju tapi kita rasa tak selesa bila pakai kan? no point laa kan

Nak taw tak apa rahsia bentuk badan dah tak sama macam dulu? makin kurus ke? maybe tak lagi.tapi kelebaran badan dah berkurang

Rahsianya Korset Premium Beautiful laa.Yaya pakai korset ni almost one month.dan hasilnya, Yaya sangat2 berpuas hati.dalam masa 2 minggu je, berat badan Yaya turun 2 kilo.pinggang kurang 6 inci.masa timbang tu, banyak kali tanya kawan Yaya, weighing mechine tu betul ke? tak rosak? sebab memang tak percaya.Yaya tak exercise tak diet.just pakai korset Premium Beautiful je.best kan? 

So, bila dapat result yang awesome macam ni, memang automatik perasaan berbelah bahagi dan sayang duit nak beli korset Premium Beautiful ni hilang. rasa berbaloi sangat- sangat ada korset ni. memang akan jadi pakaian dalam pilihan nombor satu laa lepas ni.mata dah tak tengok pakaian dalam yang lain dah

ni testimoni Yaya sendiri

So bagi korang yang belum lagi ada set Premium Beautiful ni, cepat- cepat laa dapatkan daripada agen- agen yang sah .sangat- sangat berbaloi untuk pelaburan berumah tangga bersama suami

Untuk info lanjut berkenaan Premium Beautiful, boleh hubungi 

Yaya
0195252028


Friday, October 3, 2014

SANTAI DI TAMAN LAYANG-LAYANG

Korang pernah pergi taman layang-layang kat Gombak tak? Haritu Yaya pergi sana dengan kawan-kawan. Tak rugi kalau pergi. Bagi yang belum berkesempatan untuk pergi ke taman layang-layang Gombak, bolehlah berkunjung ke sana

Sesuai sangat untuk seisi keluarga bersantai. Sesuai jugak untuk berkelah. Kalau ada anak-anak kecik pun, tak kisah pasal keselamatan dorang. Sebab kat situ ada taman permainan, ada padang yang luas, tasik. Anak-anak boleh lari-lari, main kejar-kejar sesame dorang

Taman permainan 
Barang mainan pun banyak yang dijual. Macam layang-layang, pistol, belon. Macam-macam lagi la. Kalau bawak anak-anak, memang mak ayah kena sediakan duit la. Confirm anak-anak mintak belikan mainan tu. Ada yang mahal, ada yang murah. Mostly dalam RM8 hingga RM15 laa

Makanan ringan pun ada jual kat sana. Keropok lekor, aiskrim putar, goreng pisang, etc. Boleh laa beli buat alas perut masa santai-santai kat sana. Kalau round-round kawasan tu dengan orang tersayang best jugak. Cuma yang kurangnya kawasan parking. Sangat tak sistematik. Ada yang terpaksa double park sebab tak cukup parking. Macam yang kami kena hari tu. Nasib baik laa kereta belakang tu ada tinggalkan nombor telefon


Selain tu, kat taman layang-layang ni ada jual giant bubble. Seriously, ni lah first time Yaya dengar pasal giant bubble. Mula-mula tak ambik kisah pun pasal ni. Yela sebab kita tak tahu kan. Tapi bila dah tengok orang lain main giant bubble, sangat teruja. Tetiba jadi macam kanak-kanak ribena pulak. Terkinja-kinja nak tangkap belon tu. Kebetulan pulak partner Yaya tu photographer. Korang boleh bayangkan tak betapa untungnya hang out with photographer ni? Semua gambar dia sudi ambikkan. Bertuah badan. Dah laa guna kamera mahal. Dapat gambar free kan



Suami isteri yang romantik laa kan


Orang dewasa pun ada yang main giant bubble ni. Tapi Yaya tak de lah beli pun. Just tumpang-tumpang belon orang je untuk ambik gambar.  Bisnes giant bubble ni macam boleh pergi jauh je kan. Yela, 1 scoop = RM1. Scoop dia tu kecik je. Tak ke boleh buat duit tu? Kalau pandai cari peluang, tempat strategik, memang masyuk

Apa ntah yang dorang tengok tu

Satu lagi part best pasal taman layang- layang ni, ramai jugak pasangan pengantin baru yang buat outdoor photoshoot kat situ. Teruja Yaya tengok bila dorang datang dengan baju pengantin lawa-lawa, posing, and then ambik gambar. Taman tu cantik, pandai dorang pilih lokasi. Macam berangan-angan nak photoshoot kahwin kat situ je kan

Bila dok sebelah orang tinggi, macam ni laa jadinya

Ok lah korang. Tu je lah yang Yaya boleh kongsikan pasal taman layang-layang ni. Cuba laa pergi. Bawak family bersantai sesekali. Syok jugak kan

Yaya
0195252028

CONTOHI HELANG

Jom serap sifat helang yang popular sehinga Amerika menjadikan EAGLE sebagai simbol ketenteraannya

Keunikan helang = kebebasan + kekuatan di udara+ketajaman mata + kekuatan kuku &paruh dan sebagainya kecuali fikirannya tidak sehebat manusia



Tahukah Anda? 


Purata hidup mereka lebih kurang sama saja dengan umur kita nie 70~80 tahun



Apa yg menariknya ialah ketika helang ini berumur 40 tahun mereka akan 'bertapa' ke dalam gua dikawasan pergunungan.


Pada waktu inilah helang yang sudah 'begin 40' dapat ilham dari ALLAH supaya memilih antara dua. Mahu berubah atau mahu mati? Kalau tak mahu berubah bersedia sahaja untuk mati di gua itu.
Helang yang mahu hidup membuat keputusan untuk berubah.Dia mahu hidup 30 tahun lagi.Hidup dalam 40 tahun macam tak cukup je.Namun keputusan untuk menyambung hidup 30 tahun lagi bukan sesuatu mudah.Perlu pengorbanan yang sangat memeritkan


Helang yang berumur 40 tahun 

Sudah tumpul kukunya.Cengkaman tidak kuat lagi.Jadi helang ini terpaksa mencakar dinding gua sampai kuku yang tumpul tadi patah dan akhirnya tercabut.Dia akan membuat latihan ini setiap hari sehinggalah kuku yang baru tumbuh.Dalam proses ini helang tadi terpaksa menahan sakit dan sengsara semata-mata untuk hidup 30 tahun lagi.Mereka mana ada ubat bius



Paruh helang ini suatu ketika dahulu tajam dan berlekuk tetapi kini sudah tumpul.Sekali lagi helang memaksa diri mematuk dinding gua sehingga paruh patah dan menunggu tumbuh baru.Waktu ini mereka tidak perduli sama ada sakit,berdarah atau luka.Apa yang penting terus berusaha untuk hidup 30 tahun lagi. Ada target dan sasaran

Bulu helang pula ketika berumur 40 tahun sudah gugur dan tidak berkilat lagi.Pada masa inilah helang tadi akan mencabut satu persatu bulunya sendiri supaya tumbuh baru.Bayangkan kesakitan yang dialami ini berterusan setiap hari sehingga mereka memperolehi bulu yang baru dan cantik.Kalau kita cabut bulu hidung atau bulu ketiak ada yang meleleh air mata.Tetapi helang ini terpaksa lalui semua penderitaan tersebut untuk hidup 30 tahun lagi
Apabila semua proses demi proses berjaya dilalui akhirnya helang ini keluar dari gua untuk menikmati kehidupan baru

Bayangkanlah mereka melalui kepayahan dan 'penderitaan dlm gua itu' semata-mata baki usia 30 tahun lagi! 

Bagaimana dengan kita? Adakah semangat sekuat helang? Hanya diri-sendiri yang mampu ubah

Yaya
0195252028

TOP LEADERS CIRCLE

Yaya dah tamat belajar dan sekarang ni hanya tunggu majlis konvokesyen je bulan 11 nanti. Bila flashback balik masa final year dulu, memang tak sangka boleh hadap semua benda yang berlaku. Dulu memang rasa tak mampu. Tapi kita takkan tahu limit kita takat mana kalau tak cuba kan

Settle belajar. Sekarang ni Yaya boleh tumpu sepenuhnya pada bisnes. I'm a fulltime businesswomen. Rasa untung sangat sebab tak perlu nak hadap jem, tak perlu keluar rumah pagi-pagi dan masa dengan keluarga pun tak terhad 

Dulu tak pernah terlintas nak buat bisnes. Tak langsung. Sebab rasa menyusahkan. Keyakinan diri pun kurang. Nak update gambar, nak post pasal bisnes ni pun malu. Dan Yaya ni jenis yang sangat secretive. Semua benda nak private

Tapi sejak jumpa dengan group bisnes Top Leaders Circle ni, memang hidup Yaya 100% berubah. Cara berfikir pun dah totally changed


Bila join group bisnes ni, baru Yaya sedar yang networking business ni memang boleh ubah masa depan Yaya. Dulu selalu fikir, macam mana nak cepat kaya. Sebab plan macam-macam. Nak bawa mak pergi Mekah, nak beli rumah, nak beli kereta, nak tolong adik-beradik

Tapi, dengan bisnes ni, bukan setakat boleh beli rumah, tapi dapat tabung kereta, boleh pergi melancong secara percuma. Ada pencen lagi. Memang banyak benefit yang akan kita dapat bila join Top Leaders Circle ni. Tak sangka kan. Allah bagi jalan yang macam ni untuk Yaya capai matlamat 

Yaya selalu cakap kat diri-sendiri. Allah dah bagi jalan, aku yang perlu usaha. Fokus pada matlamat. Insyaallah berjaya!


Yaya
0195252028