Jom serap sifat helang yang popular sehinga Amerika menjadikan EAGLE sebagai simbol ketenteraannya
Keunikan helang = kebebasan + kekuatan di udara+ketajaman mata +
kekuatan kuku &paruh dan sebagainya kecuali fikirannya tidak sehebat
manusia
Tahukah Anda?
Purata hidup mereka lebih kurang sama saja dengan
umur kita nie 70~80 tahun
Apa yg menariknya ialah ketika helang ini berumur
40 tahun mereka akan 'bertapa' ke dalam gua dikawasan pergunungan.
Pada waktu inilah helang yang sudah
'begin 40' dapat ilham dari ALLAH supaya memilih antara dua. Mahu berubah atau
mahu mati? Kalau tak mahu berubah bersedia sahaja untuk mati di gua itu.
Helang yang mahu hidup
membuat keputusan untuk berubah.Dia mahu hidup 30 tahun lagi.Hidup dalam 40
tahun macam tak cukup je.Namun keputusan untuk menyambung hidup 30 tahun lagi
bukan sesuatu mudah.Perlu pengorbanan yang sangat memeritkan
Helang yang berumur 40
tahun
Sudah tumpul kukunya.Cengkaman tidak kuat lagi.Jadi helang ini terpaksa
mencakar dinding gua sampai kuku yang tumpul tadi patah dan akhirnya
tercabut.Dia akan membuat latihan ini setiap hari sehinggalah kuku yang baru
tumbuh.Dalam proses ini helang tadi terpaksa menahan sakit dan sengsara
semata-mata untuk hidup 30 tahun lagi.Mereka mana ada ubat bius
Paruh helang ini suatu
ketika dahulu tajam dan berlekuk tetapi kini sudah tumpul.Sekali lagi helang
memaksa diri mematuk dinding gua sehingga paruh patah dan menunggu tumbuh
baru.Waktu ini mereka tidak perduli sama ada sakit,berdarah atau luka.Apa yang
penting terus berusaha untuk hidup 30 tahun lagi. Ada target dan sasaran
Bulu helang pula ketika
berumur 40 tahun sudah gugur dan tidak berkilat lagi.Pada masa inilah helang
tadi akan mencabut satu persatu bulunya sendiri supaya tumbuh baru.Bayangkan
kesakitan yang dialami ini berterusan setiap hari sehingga mereka memperolehi
bulu yang baru dan cantik.Kalau kita cabut bulu hidung atau bulu ketiak ada
yang meleleh air mata.Tetapi helang ini terpaksa lalui semua penderitaan
tersebut untuk hidup 30 tahun lagi
Apabila semua proses demi
proses berjaya dilalui akhirnya helang ini keluar dari gua untuk menikmati
kehidupan baru
Bayangkanlah mereka melalui
kepayahan dan 'penderitaan dlm gua itu' semata-mata baki usia 30 tahun lagi!
Bagaimana dengan kita? Adakah semangat sekuat helang? Hanya diri-sendiri yang mampu ubah
0195252028
No comments:
Post a Comment