Wednesday, February 18, 2015

HANGOUT WITH GENG TPM

Perghhh selera tinggi mereka-mereka ni ya. Yaya ingatkan nak turun pergi kafe kat bawah tu je. Selamba badak laa tinggal handphone kat lab, pakai sliper je. Rupanya menghala ke old town white coffee kat one city. Fuhhh nasib laa memang Yaya ni jenis yang slamber je


Lucunya time pilih nak makan apa. Punya laa lama. Siap tukar-tukar menu. Yela mesti laa nak yang terbaik kan. Bukan selalu boleh datang situ. Bila makanan sampai, alhamdulillah decoration and rasa memang terbaik! 


Sempat lagi jalan-jalan kat atas one city. Boleh laa nak snap 2 3 gambar. Tapi tak boleh lama-lama, panas membahang! Siang kot. Angin tak faham bahasa. Malam ok laa. Angin sepoi-sepoi bahasa kan


Apa-apa pun, memang best lepak dengan geng-geng masuk air ni. Asyik gelak je kejenya. Next time kita lepak lagi



UMUR vs BENTUK BADAN

Good morning you all...kalau dulu cara Yaya berfikir macam ni: Umur tu menentukan sama ada kita ni nampak tua atau tak. Cliche betul kan. Tapi sejak kenal premium beautiful ni, persepsi Yaya dah berubah 101%

Actually, umur bukanlah satu-satunya faktor yang menentukan kita nampak tua or tak. Bentuk badan pun memainkan peranan penting jugak. Cuba tengok budak umur 10 tahun yang badan agak berisi, compare dengan kawan sebaya yang badan kecik je, haa mesti yang agak berisi tu lagi nampak matured kan? Nampak lebih berusia dari umur sebenar

Macam tu laa jugak dengan kita yang dah dewasa ni. Bila berbadan besar, lagi nampak tua. Statement ikhlas ni. So, please please please korang. Jaga kesihatan dan jaga badan kita. Badan ni lama lagi taw nak pakai

Pandangan sisi

Cuba kita tengok badan akak ni. Beza kan. Before and after tu. Good choice kak! Memang berbaloi lah dengan pakai premium beautiful boleh dapat badan macam ni. Kalau konsisten pakai, memang gaya anak dara laa nanti. Cik abang pun makin sayang

Pandangan hadapan

So, kalau korang pun nak rasa pengalaman menguruskan badan dengan premium beautiful tanpa apa-apa pil pelangsingan atau diet yang ketat, jom wasap Yaya. Kalau nak dapat special price, do tell me you are one of my blog readers ok. Adios! 

Yaya
019-9045851

JOM BALIK KAMPUNG

Hari ni last kerja untuk minggu ni sebelum balik kampung sempena cuti chinese new year. Tak sabar nya... Yang bestnya, balik ni bukan lah sekadar nak bercuti semata-mata. Tapi, dah berderet appointment dengan bisnes partner. Dorang pun dah tak sabar nak topup ilmu bisnes ni. Insyaallah Yaya akan share sebaik mungkin


Lepas kerja ni terus pecut ke Shah Alam. Siap-siap then terus gerak balik ke kelantan. Balik ni jugak sempena nak mencari serba sedikit barang-barang persiapan kahwin. Prepare awal-awal laa senang kan. Tak de laa kelam kabut nanti

Ok you all, bagi yang balik kampung tu, drive safe ok. Semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing

Tuesday, February 17, 2015

ABC SEDAP SHAH ALAM

Kali pertama datang ke Shah Alam, tempat ni lah yang dia bawak Yaya. Katanya, ABC kat sini famous. Order sangat banyak sampaikan kena prepare yang dah siap untuk dimakan. Wow! Teruja laa kan. Macam best je


Bila ABC tu sampai kat meja, perghhh memang terbaik lah dia punya decoration tu. Hiasan yang sangat menambat hati. Terus klik klik!! Snap gambar... Haha

Bila try, mak oiii!!! Manisnya...kalau yang suka manis ok laa kan. Boleh laa telan. Apa-apa pun, not bad. Kalau nak datang lepak dengan kengkawan, ok je. Pekena ABC masa panas terik. Mengancam jugak kan

Yaya 
019-9045851

KERACUNAN MAKANAN

Taubat nasuha dah Yaya bab pilih makanan ni. Dua hari lepas, Yaya keracunan makanan. Ya Allah...memang tu lah kali pertama Yaya terkena. Sangat tak best laa feeling masa kena tu. Pening, muntah-muntah, cirit-birit, loya, sakit perut, sakit kepala, semua ada. Complete set! 


Masa pening tu ingatkan sebab terlebih tidur. Alih-alih muntah pulak. Muntah lagi lagi dan lagi. Housemate Yaya dah suspect keracunan makanan. Tapi Yaya biarkan dulu. Mana laa tahu ok ke kan. Tapi it's getting worse. Selang 3 minit muntah lagi. Sampai lembik dah badan ni. Last-last, pergi jugak ke klinik


Dekat klinik sampai tertidur. Sebab letih sangat. Bangun pun sebab nak muntah je. Mak cik kat klinik tu tengok je Yaya. Gamaknya dia fikir Yaya pregnant laa kot. Asyik muntah je. 

Bila dalam keadaan macam tu, timbul lah rasa insaf. Kalau yang keracunan makanan ni pun dah rasa teruk sangat-sangat, yang alahan pregnant tu tak tahu laa macam mana kan. Huhu...scary! 

Bila masuk bilik doktor, nasib baik laa tak muntah. Sedaya upaya tahan muntah. Last-last Yaya menonong je keluar sebab tak tahan. Nak muntah. Bila dah makan ubat, muntah on the spot kat gerai mamak tu. Adoyai...muntah lagi. Memang worse laa keadaan tu. Sumpah dah akan pilih-pilih bab makanan ni. 

Alhamdulillah sekarang dah ok...sempat laa MC sehari. Serik dah! Korang jaga pemakanan taw. Jangan laa terkena food poisoning ni. Sedih! 


Friday, February 13, 2015

AL-FATIHAH BUAT TG NIK ABDUL AZIZ


Innalillah...Yaya bangun pagi ni, dapat tahu satu berita yang amat mengejutkan. And sangat menyentap tangkai hati laa sebenarnya. Hampir nak menitis air mata masa tengah drive nak ke tempat kerja tadi

TG Nik Abdul Aziz telah kembali ke rahmatullah pada jam 9.45 malam semalam. Malam jumaat yang penuh berkat


Teringat zaman belajar dulu. Pergi kuliah tok guru kat kota bharu, pergi tahajjud and solat subuh kat pulau melaka. Semata-mata nak solat sama-sama dengan tok guru kan. Terserempak dengan tok guru masa kat hospital USM. Tengok depan-depan sampai terkelu lidah, tak berkelip mata. Oh my...masa tulis entry ni pun sebak je rasa 


Seorang lagi ulamak kita pergi. Semoga semua ahli keluarga tabah. Dan semoga tok guru ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Kita yang hidup ni, teruskan perjuangan tok guru








Thursday, February 12, 2015

PROMOSI TAHUN BARU CINA

Happy thursday korang...sempena CNY yang akan datang ni, ada berita gumbira untuk korang. Sekarang ni, ada promosi untuk Sabun marine essence dan bb plus collagen. . So, cepat-cepat grab taw. Sah sehingga hujung februari ni je. Selagi stok masih ada


Yaya 
 019-9045851

HAPPY CHINESE NEW YEAR

Minggu depan Chinese New Year kan. Mesti ramai yang ambik peluang cuti CNY ni untuk balik kampung. Yaya pun sama laa. Nak balik kampung. Memang rakan kongsi kat kelantan dah tertunggu-tunggu. Yaya pun tak sabar nak sharing dengan mereka. Nak kongsi ilmu bisnes untuk sama-sama maju. So, memang cuti CNY kali ni terisi dengan aktiviti bisnes laa


Bagi orang kelantan yang nak tahu lebih lanjut pasal bisnes dengan TLC ni, jom kita kopi-kopi. Best woo...


Yaya
019-9045851

PERSONAL COACHING

Alhamdulillah hari sabtu yang lepas, Yaya sempat ke stokis punch premium beautiful untuk rakan kongsi Yaya. Tahniah Kak Ana. Memang ohsem laa Kak Ana kita ni. Sejak diperkenalkan dengan premium beautiful, memang tak sabar dia nak sarungkan kat badan. Dan hari sabtu yang lepas, dah menjadi kenyataan. Solid laa badan Kak Ana lepas ni. Husband mesti makin sayang


Lepas ke stokis, kita sambung pulak dengan personal coaching. Sambil-sambil makan kita sembang bisnes. Inilah yang best nye pasal bisnes ni. Mentor selalu ada untuk guide perjalanan bisnes kita. Tak de laa terkontang-kanting sorang diri kan


Punya laa lama dok kat restoran tu, tak sedar yang dah nak maghrib. Sampai je kat rumah, housemate tegur eh Yaya dari kenduri kahwin ke? Yaya jawab laa tak. Pastu dari event? Eh tak jugak. Dari bisnes appointment. Ooo...hahaa...lucu laa. Mesti tengok gaya Yaya dress up semacam kan


Biasa laa sejak join bisnes ni, memang cara grooming pun diajar. Cara dress up. Imej kan penting. It can build our self confidence...tu yang Yaya melekat je dengan bisnes ni sampai sekarang


Yaya 
019-9045851

Monday, February 9, 2015

FEEDBACK LUMINEZ

Ok lah, Yaya nak sambung bagi feedback pasal set Luminez skincare. Memang best sangat-sangat pakai Luminez ni. Smooth je kulit Yaya. Memang nampak laa beza bukaan liang pori tu. Makin mengecil. Bila apply mekap, nampak rata. Takde macam mekap sangat. And tak perlu nak mekap tebal pun. Bila mekap terlalu lama pun, muka ni tak de nak berminyak ke, mekap cair ke apa. Memang rilek je


Kawan Yaya pun ada yang tegur perubahan kulit muka ni. Happy sesangat laa kan bila orang tegur positif macam tu. Alhamdulillah...makin jatuh cinta laa dengan set Luminez ni. Haa..korang yang tengah mencari set penjagaan kulit muka, boleh laa try Luminez. Memang berbaloi, tak perlu dah kamera 360 korang tu. Muahaha...

Sunday, February 8, 2015

TECHNOLOGY PARK MALAYSIA

Alhamdulillah... dah seminggu Yaya kerja kat TPM. So far, ok dengan kerja ni. Tak pernah terfikir sebenarnya Yaya akan involve dengan kerja-kerja lab ni. Rasa macam nerd sangat kan. Lagi satu tak suka dengan segala machine yang ada kat lab, sebab nampak macam kat hospital. Tapi kat TPM ni, semua staf sangat friendly. Sangat supportive and helpful


Sebenarnya tak nak kerja pun sebab bisnes ni dah tersangat best. Tapi demi memenuhi permintaan mak Yaya yang nak tengok anak dara dia ni kerja, Yaya turutkan jugak lah. Boleh pulak mak Yaya bagi syarat, kalau nak kawin kena kerja dulu. Yaya apa lagi, memang dah teringin nak kawin kan. So, menyahut cabaran laa ni. Muahaha...

First day at work
Pagi-pagi lagi dah keluar rumah sebab nak mengejar jem. Fenomena biasa laa tu waktu pagi kat KL ni. Seriously korang, memang beza laa buat bisnes ni dengan kerja hakiki. Sebab bisnes ni lagi enjoy. Yang paling penting, tak perlu nak stuck dalam jem pagi-pagi kan. Memang Yaya dah buat pilihan yang bijak dengan join TLC ni

Second day at work
So, bila dah kerja ni memang jadual bisnes Yaya pun berubah la. Weekend memang full use untuk bisnes. Tak kisah lah, at least Yaya takde laa boring dok rumah kan. Ada jugak kerja nak dibuat. Yaya anggap semua ni sebagai pengalaman. Insyaallah berbaloi untuk masa depan. Cewah

Ok la korang. Esok kena bangun awal. Kerja hakiki oiii...

Tuesday, February 3, 2015

KEROPOK LEKOR MEATBALL CHEESE

Lagi satu menu baru yang tengah famous sekarang keropok lekor meatball cheese. Yummy! Teringat pulak hot dog cheese. Dan bermulalah drama meleleh air liur. Muahaha

Yaya ternampak gambar orang jual meatball ni kat group FB. Perghh memang tangan ni gatal je nak komen pm sebab teringin nak beli kan. Tapi Yaya sabarkan hati ni. Tunggu balik kampung CNY nanti kita cari. Menduga selera betul. Nasib laa Yaya bukan tengah mengidam ke apa. Kalau tak, haru laa nak mencari. Eceh! 


Korang bayangkan keropok ni dibuat dari full ikan, ala-ala keropok lekor terengganu yang pure tu. Letak pulak cheese meleleh je...Fuhhh tak menahan! Banyak sangat bayangan-bayangan yang datang. haha

Yaya tak nak survey ke apa, sebab nanti tak sabar nak makan. Yang Yaya tau, balik nanti memang terus ngap je. Ok laa korang, jemput cuba ya

AISKRIM PASU SHAH ALAM

Fuhhh kemain sekarang ni. Macam-macam menu pelik yang timbul. Tak terkejar Yaya. Macam mana laa dorang boleh terfikir nak deco aiskrim dalam pasu kan? Memang tak terjangkau dek akal Yaya laa. Tapi bisnes plan kan, mesti laa kena be creative. Baru laa maju bisnes tu. Nak tarik pelanggan. Ye dok? Haa otak bisnes women ni...jangan main-main. Ada bakat jugak ni...Muahaha

Aiskrim kelapa
Aiskrim kelapa tu kita dah biasa tengok kan. Tapi bila timbul aiskrim pasu, memang macam-macam aiskrim laa yang timbul lepas tu. Aiskrim lesung, pua chu kang...macam-macam. Bak kata, selagi boleh muat aiskrim tu, memang selagi tu laa dorang deco. Kreatif. Nak tergelak pun ada bila tengok. Agak-agak lepas ni aiskrim baldi pulak kot. Perghh memang rare laa

Aiskrim pasu
Yaya tak pernah try lagi aiskrim pasu ni. Kat mana eh area Shah Alam ni? Kalau korang tau, share location ok. Nak try sendiri laa. Baru laa best nak bagi feedback. Alaa aiskrimnya sama je, letak aiskrim, deco itu ini, tapi feel makan tu yang penting, so jangan lupa ok...share location

Aiskrim lesung

Aiskrim pua chu kang

Mana satu pilihan anda??

CEGAH PAYUDARA KENDUR DENGAN PREMIUM BEAUTIFUL

Wow memang hebat! Nampak ketara kan before and after pakai premium beautiful? Asset-asset yang ada semua nya di push up! Memang tak best laa kan kalau payudara kendur dan menggeleber. Yang muda remaja lagi pun boleh nampak macam tua

Payudara jatuh ni selalunya terjadi pada wanita-wanita yang baru lepas bersalin. Kalau tak jaga time pantang tu, memang susah laa nak naikkan balik

Banyak kesan payudara jatuh ni. Salah satu nya hubungan suami isteri makin hambar. Jangan ambil mudah tau benda-benda macam ni. Jaga segala asset yang kita ada


Akak ni memang buat pilihan yang bijak dengan sarung premium beautiful. Kan sedap mata memandang. Diri sendiri pun confident je kan. Best nya pakai premium beautiful, set berpantang terbaik! 

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi

Yaya
019-9045851

Monday, February 2, 2015

GET SET GO!!!

Alhamdulillah hari Jumaat lepas kami di TLC berpeluang untuk mendengar perkongsian hebat dari Penaung TLC sendiri, CDM Salha Zain. Memang power habis ilmu yang dicurahkan. Tak sia-sia geng-geng TLC dari seluruh negara datang menadah ilmu. Sanggup dorang berkampung di KL sehari dua demi ilmu yang kalau kat luar, confirm bernilai ribuan ringgit ni. Tapi dekat TLC dapat ilmu free. Sape tak nak kan? 



Perjalanan hari tu bermula dari Shah Alam then ke Sungai Buloh ambik rakan kongsi yang excited nak ke kelas buat pertama kalinya. Then terus shoot ke Gombak

OOTD
7 golden steps untuk jadi premium beautiful experts dah dibongkarkan. Now time to take actions! 

Bersama mentor dan rakang kongsi
Bak kata mentor- mentor TLC, you are on the right track. Just keep go on until you succeed...

Untung jugak jadi rendah ni, disuruh duduk atas kerusi. muahaha
Insyaallah kami semua satu hati untuk makin ke depan...Jom layan gambar-gambar masa kelas





Ilmu itu luas tanpa sempadan...mentor2 tengah khusyuk menadah ilmu



Bersama Kak Ana, yang pertama kali menjejakkan kaki ke TLC. All the best Kak Ana



Lepas kelas ada O-group pulak

CDM Salha Zain yang sangat humble. Abaikan part mata tu. haha

CDM Salleha Roslan bertindak sebagai MC malam tu