Innalillah...Yaya bangun pagi ni, dapat tahu satu berita yang amat mengejutkan. And sangat menyentap tangkai hati laa sebenarnya. Hampir nak menitis air mata masa tengah drive nak ke tempat kerja tadi
TG Nik Abdul Aziz telah kembali ke rahmatullah pada jam 9.45 malam semalam. Malam jumaat yang penuh berkat
Teringat zaman belajar dulu. Pergi kuliah tok guru kat kota bharu, pergi tahajjud and solat subuh kat pulau melaka. Semata-mata nak solat sama-sama dengan tok guru kan. Terserempak dengan tok guru masa kat hospital USM. Tengok depan-depan sampai terkelu lidah, tak berkelip mata. Oh my...masa tulis entry ni pun sebak je rasa
Seorang lagi ulamak kita pergi. Semoga semua ahli keluarga tabah. Dan semoga tok guru ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Kita yang hidup ni, teruskan perjuangan tok guru
No comments:
Post a Comment