Hari ahad yang lepas, group bisnes kami telah menganjurkan satu event, iaitu New Distributors Orientation (NDO) khas untuk usahawan-usahawan TLC di bawah pimpinan CDM Salleha Roslan. Alhamdulillah event tersebut berjalan dengan lancar. Tahniah dan terima kasih kepada speaker-speaker hebat kerana sudi berkongsi ilmu, dan terima kasih kepada mentor CDM Salleha Roslan untuk tips bisnes yang memang sharp dan power
Kali ni Yaya datang berempat. Bersama suami of course sebagai peneman setia. Dan bersama dua orang rakan kongsi dari sabah, Lin dan Ika. Pagi tu ke Puchong dulu lah kita untuk pick up Lin dan Ika. Mereka bersama anak-anak. Ini yang bestnya bisnes ni. Tak perlu nak berenggang dengan anak-anak. Just perlu pandai kawal anak-anak je masa event tu supaya tak mengganggu speaker yang tengah present kat depan
Tak mudah ye nak jadi seorang ibu ni. Memang macam-macam cabaran. Tapi anak-anak juga bukanlah penghalang impian kita, malah sebagai penguat semangat untuk kita terus maju ke hadapan. Memang impian semakin jelas kalau kita sertakan anak-anak dalam list impian tersebut. So, tahniah lin dan ika sebab berjaya stay sampai habis event. Kagum sangat dengan semangat kedua-dua ibu muda ni. Tak pernah kenal erti putus asa. Memang nak berjaya perlukan ilmu dan mereka adalah antara insan-insan yang sentiasa dahagakan majlis ilmu. Keep it up my dear!
Meriah betul NDO kali ni sebab usahawan-usahawan satu Malaysia turun padang. Bestnya dapat jumpa mentor Kak Dyna Salleh dari melaka, geng-geng usahawan dari pantai timur, johor, penang dan ramai lagi. Rasa macam satu family pulak, jumpa time hari raya. Haa bayangkan macam mana meriahnya tu
Speaker pertama kami, seorang premium beautiful expert maskulin. Bayangkan lelaki boleh jual produk perempuan. Boleh jual baju dalam perempuan. Rasa tercabar tak? Memang tercabar...kalau lelaki boleh, usahawan wanita lagi laa boleh kan. Dah memang produk wanita. Memang lucu bila lelaki share ayat-ayat power dorang. Gelak sakan kitorang
Lepas tu ada practical session...senang kan bila belajar teori terus buat praktikal
Speaker kedua pulak, Kak Melati dari Melaka. Yang ni memang power habis lah. Sejarah Kak Mel ni, pakai premium beautiful sebab nak anak je. Dah Kawin 8 tahun tapi still takde rezeki nak dapatkan zuriat. Alhamdulillah lepas pakai premium beautiful ni, disahkan mengandung. Pakai premium beautiful ni sebagai asbab nye aje...rezeki tu dari Allah kan. Tapi Kak Mel ni ikhtiar lah. Bila dah nampak apa kebaikan premium beautiful ni, memang terus on bisnes. Sebab tu mentor selalu cakap, biar produk berbicara. Sebab kalau produk tu bagus, memang orang akan beli punya lah
Teringat lagi ayat Kak Mel masa sharing tu
" Nak bagi kat mak ayah rm300 sebulan pun berkira sebab takut tak cukup duit...tapi diri-sendiri tak sedar beli perfume pun dah rm350...hah, kejam tak kita sebagai anak?"
Terkedu lah dengar ayat Kak Mel ni. Memang betul pun, belanja mak ayah tu pun salah satu pembuka pintu rezeki. So, jangan kedekut ye nak belanja mak ayah. Allah nampak usaha kita tu dan Allah akan gandakan dengan yang lebih besar. Insyaallah
Yang last sekali, slot dari CDM Salleha Roslan. Banyak tips berguna yang kami dapat. No wonder lah Kak Sal ni boleh berjaya hingga ke tahap sekarang. We follow you 500%
Bila dah nak balik, dah kemas-kemas kerusi dah. Tiba-tiba ada surprise untuk Kak Sal. Celebration birthday Kak Sal. Bestnye lahai perasaan kita bila kita gembirakan hati orang lain. Bila tengok Kak Sal menangis, tersenyum, Yaya sendiri pun secara automatik rasa happy. Betul lah kan orang cakap, kalau nak bahagia, sila bahagiakan orang lain dulu. Mak ayah ke, adik-beradik, kawan-kawan
Sebelum balik, ada makan-makan. Semua makanan yang disediakan sedap. Sangat sedap. Bila makan ramai-ramai camtu, memang rupa hari raya. Best sangat-sangat. Tak sabar nak jumpa lagi
Lastly, terima kasih pada rakan kongsi Yaya yang hadir, dan mentor-mentor yang sanggup turun padang. Semoga jumpa lagi next class ;)
#AgentPremiumBeautifulSelangor
Cik Yaya
019-9045851
No comments:
Post a Comment