Wednesday, December 9, 2015

REALITI SEBUAH PERKAHWINAN


Pesanan buat yang belum kahwin.. kita hanya akan benar-benar 
mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur 
sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu
 dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti
 flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu 
pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu..
Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari 
BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang.
Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik 
dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, 
semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), 
everything goes smooth all the time & live happily ever after.
Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH drp kawan yang baru 
kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kpd 
dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. 
siapa yang tahu?
Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan 
yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan 
TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.
Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja
 TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang
 gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu 
yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?
Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan
 ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk 
bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas 
berkahwin?
Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi 
BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan 
mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu TETAP 
TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian 
menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus 
kencing berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk
 dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan 
sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak & 
makan sahaja di luar?
Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki 
yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih 
alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu
 mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu 
yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN 
MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak 
masih kecil..
Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan 
orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang 
mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN 
MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-
kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain
 sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga &
 ibu rumahtangga itu tidak mudah!

Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah 
KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN
 TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, 
PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu
 diawali atas dasar cinta yang mendalam.
Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk
 menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya..
 barulah kita sedar quote 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan
 & disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam
 mulut.
Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata... "cinta 
saja tidak cukup...."

No comments:

Post a Comment