Monday, September 11, 2017

PREMIUM BEAUTIFUL MALAYSIA | RESEPI TERANGKAT CEK MEK MOLEK KELANTAN

Assalamualaikummmmmm...

Selamat tengahari semua. Dah lunch ke? 

Uol mesti tengah fikir nak makan apa kan? So, harini Yaya nak #SHARE dengan uol resepi Cek Mek Molek Kelantan yang memang terangkat! Kebabomm habis!

Kisahnya, masa balik cuti raya haji minggu lepas, mak mertua ada bagi ubi keledek. Itu yang terfikir nak buat Cek Mek Molek ni. Sebelum ni memang tak pernah cuba pun. Kiranya first try lah ni. Kuih CekMek Molek ni memang favourite Yaya sejak dari kecik lagi. Lagi banyak gula, lagi best. Maklumlah orang kelantan kan, suka manis-manis (Jangan tiru pulak). 

Ubi dah ada, bahan-bahan lain pun memang dah sedia ada, so berkobar-kobar lah nak buat Cek Mek Molek ni. Yaya share bahan-bahan dulu yer.Tak banyak pun bahan yang digunakan. Simple jer. Sebab tu lah Yaya yang skill memasak tak seberapa ni pun mampu buat =)

BAHAN-BAHAN:


1. Ubi keledek
2. Tepung gandum
3. Marjerin (tak nak letak pun takpe)
4. Gula

Guna 4 bahan jer uol. Marjerin tu kalau tak nak letak pun takpe. Yaya tambah marjerin nak kasi Cek Mek Molek tu lagi lembut. Kalau nak ganti marjerin dengan buttercup pun boleh. Takde masalah. 

So, cara penyediaan pulak macam ni.

CARA-CARA:

1. Rebus ubi keledek hingga empuk. Toskan air. Kupas kulit dan lenyekkan sehingga hancur. Yaya lenyek guna lesung batu jer. Senang keje mak jemah. Tak payah remeh-remeh.

Ni ubi keledek yang dah siap dikupas kulit.

Kasi lenyek sama dia. Guna lesung batu lagi senang kerja.

Ni ubi keledek yang dah dilenyek sehingga hancur.

2. Masukkan marjerin. Sukatan nya 1/2 sudu makan jer. Tak guna banyak pun. Tak nak letak pun takpe. So kalau uol takde stok marjerin/ buttercup, don't worry la. Still boleh buat Cek Mek Molek ni.

3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga jadi doh. Masukkan tepung gandum tu sampai doh tak melekat dekat tangan dan bekas. Tak melekat tu tandanya dah cukup tepung laa tu. Kalau lembik dan masih melekat dekat tangan dan bekas, sila tambah lagi tepung yer. 

 Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga jadi doh.

Tadaa...dah jadi doh. Nampak kan doh ni tak melekat dekat tepi bekas. Tu tandanya dah cukup tepung gandum.
4. Bila dah jadi doh, cubit sedikit dan leperkan untuk letak gula. Lepas tu bentukkan jadi bujur. Bujur Cek Mek Molek lah. Kalau uol pernah jumpa Cek Mek Molek bentuk 4 segi, haa silakan lah buat. Takde hal.  

Dapat laa 30 biji. Kekenyangan laa makan bertiga jer. So Yaya bagi kat jiran sebelah rumah. Tak larat nak habiskan.

5. Dah siap bentuk, boleh laa goreng guna api sderhana jer. Nanti hangit pulak. 


6. Sedia untuk dihidang. 

Ni dia Cek Mek Molek yang dah siap masak. First try, kira ok lah kan (ayat penyedap hati).

P/S: Hati-hati gula masih panas masa siap goreng tu. Kang tak pasal-pasal melecur pulak bibir tu. 

Uol boleh jugak layan video ni tentang macam mana nak buat Cek Mek Molek Kelantan. Yang penting, #MadeWithLove 

 

Haaa...macam mana? Senang jer kan...sebab tu Yaya pun mampu buat. So, uol pun boleh laa try resepi Cek Mek Molek ni. 

Selamat mencuba! Jangan lupa kongsi gambar kalau dah cuba nanti yer. Thanks uol...

XOXO,
Yaya
0195252028
 

No comments:

Post a Comment