Monday, April 23, 2018

PREMIUM BEAUTIFUL SELANGOR | Yaya Budak Baru Belajar Kereta


Alhamdulillah

Hari ni dapat peluang nak keluar dengan Family. Ye lah asyik kerja je memanjang kan. Mana boleh macam tu.
Nak kena seimbangkan lah.
Kalau tak, nanti mesti akan ada konflik.


Amboi macam konflik Asia Tengah la pulak kan.
Hehehe. 



Tak ada lah.
Hari ni first time Yaya dapat drive kereta Yaya sendiri.
Alhamdulillah.
Walaupun husband Yaya kat tepi tu dah pucat dah.
Kaki tu dah cramp dah sebab tolong tekan brek untuk Yaya.
Ye lah dah berapa lama tak drive, tetiba hari ni drive, memang la jakun, terketor-ketor. Tapi still boleh bawak lagi la.
Tiba part naik bukit - F A I L

Haha
Yang tu yang husband Yaya tarik muka tu.
Dia dah tunjuk dah pun still tak leh lepas lagi.
Memang nak kena ambik lesen sekali lagi ni
nampak gayanya la kan.

Lepas habis sesi tu, Yaya pun dah takleh nak drive dah,
teruz bagi husband Yaya, si Paidi Hasan tu bawak.
Baru lah tenang je hati kan.



Malam tu kami ke Puncak Alam, sebab husband ada meeting dengan mentor kami, CDM Salleha Roslan. 



Dah lama kan tak sebut nama beliau kat sini.
Kami sentiasa ada bersama je, tapi tak berpeluang
Yaya nak update kat sini.
Dari awal Yaya join bisnes ni, memang mentor-mentor hebat
Yaya tak pernah lepaskan tangan mereka untuk bawa
Yaya & rakan seperjuangan naik lebih lagi.

Alhamdulillah.
Bila kami jumpa mentor ni, memang akan ada rancangan baru yang terancang untuk kami apply & kongsi pada rakan kongsi.
Rancangan baru tu, untuk lebih mudahkan kami berniaga & bantu sebarkan lagi peluang yang ada pada yang perlu sangat nak buat extra income dalam hidup.

In Shaa Allah.

No comments:

Post a Comment