Showing posts with label AGENT PB KELANTAN. Show all posts
Showing posts with label AGENT PB KELANTAN. Show all posts

Friday, February 26, 2016

PERBEZAAN PAKAI PREMIUM BEAUTIFUL DENGAN SENAMAN

Wow! Beza sangat bila dibandingkan antara jogging selama 30 minit (bakar 350 kalori) dengan pakai premium beautiful selama 1 jam (bakar 900 kalori). Ramai yang tak tahu pasal ni kan? 

Yaya takde mention taw, pakai premium beautiful ni uol tak payah nak bersenam. Sebab kita memang maklum yang senaman memang elok untuk kesihatan badan kita. Just cuba uol bayangkan, bersenam sambil pakai premium beautiful. Fuhhh apa agak-agak result yang korang akan dapat? 

Sebab nya, memang ramai je geng TLC yang pakai premium beautiful ni masa bersenam. Bukan apa, bila jogging sambil pakai premium beautiful ni, badan tak bergegar especially bagi mereka yang breast besar (sorry to mention). Part pinggul pun takde laa nak hayun sama bila kita jogging tu. Rasa selamat and confident level memang meningkat. Takde laa kita perasan sorang-sorang macam ada orang tengah tengok kita jogging je kan, sebab semua lemak-lemak manja tu di grip dengan kemas oleh fabrik premium beautiful

Untuk pengetahuan uol jugak, bila kita bersenam sambil pakai premium beautiful ni, memang proses perpeluhan lagi cepat berlaku. Peluh memang lagi banyak keluar. Tapi yang best nye, badan kita takde rasa terlalu panas pun. Takde rasa macam kena bakar dengan oven pun, even kita pakai premium beauiful classic yang warna hitam tu

Nak tahu kenapa? Sebab premium beautiful ni memang ada fungsi special iaitu, menyeimbangkan suhu badan. Means, kalau badan uol masa tu sejuk, premium beautiful ni membantu untuk meningkatkan suhu badan uol seterusnya menghangatkan badan uol. Hangat-hangat manja je taw, bukan panas berlengaih satu badan

Sama jugak bila badan uol masa tu panas, premium beautiful ni membantu untuk menurunkan suhu badan, so takde laa uol rasa baru je kena bakar dalam oven. Pendek kata, bersenam sambil pakai premium beautiful ni memang selesa, takde rasa melekit, takde rasa berlengas. So, uol jangan risau okey. Premium beautiful ni memang si hitam memikat, si hitam hikmat!



 Tengok jelah perbezaan ni. Berbaloi laa kan kalau kita invest sekali je seumur hidup untuk beli premium beautiful corset ni. Sambil-sambil tu, korset kesihatan ni jugak mampu menyokong tulang belakang kita

Ada seorang pesakit slip disc ni, memang tinggal area yang ada gym tapi sayang sebab tak mampu nak manfaatkan kemudahan gym tu, sebab nya tak boleh bersenam. Yelah, orang yang ada penyakit slip disc ni mana laa boleh sesuka hati je, main redah je bersenam. But now she's the happiest person sebab dah boleh bersenam, even bukan senaman yang extreme. Dapat jalan atas tread mill slow-slow pun dah ok dah katanya, asalkan dapat exercise ;)

Rasa seronok sangat bila client puas hati dengan kesan premium beautiful ni. Alhamdulillah kak, memang pilihan yang tepat ;)

Haa ni gambar masa kami geng TLC adakan program zumba. Memang best sangat berzumba sambil pakai premium beautiful ni. Lagi cepat laa proses nak membentuk perut dan pinggang yang ramping tu. Sukanya!

#PremiumBeautifulExpert

#WaistTraining

#WaistSociety

Cik Yaya

019-9045851 / 014-5002339

Thursday, February 4, 2016

DEMI MASA, MANUSIA BERADA DALAM KERUGIAN

Hai uol...

Pejam celik dah masuk bulan kedua tahun 2016 kan. Ya Allah kejap je rasanya. Time flies... sekarang ni bukan macam dulu-dulu dah. Kalau dulu, nak menghabiskan satu hari puasa tu, memang terjelepok laa kat sudut ruang tamu tu. Tapi sekarang ni memang tak rasa lapar pun. Tak sempat nak rasa lapar, eh dah bukak puasa dah. Nampak tak betapa cepatnye masa berlalu


Ramai orang boleh hadapi macam-macam dugaan. Tapi tak semua orang boleh hadapi dugaan masa lapang. Macam mana tu? Contoh yang senang, macam Yaya. Yaya kena sentiasa buat something supaya busy. Bukan menyibuk ye. Just cari laa apa-apa kerja yang bermanfaat untuk dibuat. Sebab Yaya memang jenis yang kalah dengan ujian masa lapang. Bila free je, mula laa buat benda yang tak berfaedah. Sampaikan masa terbuang macam tu je. Lepas tu, baru la nak rasa menyesal. So, Yaya memang sedaya upaya mem busy kan diri Yaya supaya tak kalah dengan ujian masa lapang

Well, as a businesswomen, banyak benda sebenarnya yang boleh dibuat. Busy yang enjoy dan fun. Sebab tu la Yaya suka sangat dengan kerja Yaya sekarang ni. Tak kisah laa orang nak kata apa pun, i will keep moving. Dengar yang negative buat apa kan. Surround yourself with positive people, insyaallah kita pun akan turut positive


Kalau surrounding uol tu tak berapa nak support (negative), so biarkan jela. Kita hidup ni bukan bergantung pada manusia semata-mata. Allah kan ada. Push diri kita untuk fikir positive, act positive, tengok setiap benda in a positive aspect. Insyaallah, aura positive dalam diri kita akan datang. Okey uol? 

Jom kita sama-sama positifkan diri. Positif ni macam tahajud laa kan. Awal-awal memang laa kena paksa. Lama-lama nanti dah jadi habit pulak. So let's be positive person!

And jangan kalah dengan ujian masa lapang! 

Cik Yaya

019-9045851

Tuesday, October 27, 2015

PREMIUM BEAUTIFUL MEMANG CLASS

Good news untuk uol!!! 


Memang bersinar-sinar je mata Yaya ni bila tengok packaging baru premium beautiful classic. Mana tak nya? Kelas gitu! Memang terbaik lah. Ala-ala shopping kat butik yang establish pulak. Ala-ala Dior, DKNY, Calvin Klein gitu. Dah laa warna putih. Memang mengancam habis. Bangga tak uol bila pegang paper bag premium beautiful ni? Ofkos laa kan
 
Yang penting, dalam kotak. Memang memudahkan kerja kami premium beautiful expert TLC nak susun bila setiap kali tsunami premium beautiful. Susun dalam kotak, angkut turun tangga masuk kereta. Senang. Thank you so much Sahajidah Hai-O Marketing sebab sentiasa menyediakan yang terbaik untuk kami berbisnes

Bagi uol yang nak tahu lebih lanjut tentang bisnes ni, boleh laa wasap Yaya ye. Jangan segan-segan

#PremiumBeautifulExpert

Cik Yaya

019-9045851

KUNCI KEJAYAAN DIRI-SENDIRI



Kunci kejayaan adalah diri sendiri


You can’t expect to see change if you never do anything differently…

One of the most important keys to success is having the discipline to do what you should do even when you don’t feel like doing it
I never dreamed about success but I worked for it!

Work hard in silencethen let success make the noise

Kunci kejayaan adalah DIRI-SENDIRI… kalau kita masih tercari-cari apa itu kunci kejayaan, bagaimana nak capai kejayaan, apa rahsia kejayaan?

Jawapannya adalah tengok kembali diri sendiri. Kunci kejayaan adalah pada diri anda sendiri. Bukan pada orang lain

Tak kira laa apa yang kita tahu, ilmu yang kita ada, buku yang kita baca, kursus yang kita dah hadiri…tapi kalau suara dalam diri sendiri mengatakan tak nak buat, tak lalu buat dan putus asa cepat, kejayaan pun takut nak menghampiri kita

#TopAgentPremiumBeautiful

Cik Yaya

019-9045851


Monday, October 26, 2015

SOHONITA ICON MALAYSIA DALAM MAJALAH HIJABISTA

Wow! Ni satu lagi bukti yang Top Leaders Circle ni memang satu kumpulan bisnes yang betul-betul kukuh. Haritu CDM Salha Zain jadi cover photo untuk  Worthy Magazine...majalah New York ye...bukan majalah Malaysia... 


Lepas tu, produk kebanggaan kami, korset Premium Beautiful masuk majalah Women's Weekly sebagai the best undercover...satu-satunya korset yang mendapat pengiktirafan superbrand ni memang terbukti memberi kesan kesihatan terbaik kepada si pemakai...




And then, CDM Salleha Roslan pulak masuk majalah Mingguan Wanita...bercerita pasal kebaikan korset premium beautiful ni...




Masuk paper tu, memang takyah cerita laa...CDM Salha Zain dah beberapa kali masuk paper sebab pencapaian beliau...

Kali ni, CDM Salha masuk majalah Hijabista pulak...bercerita tentang TLC, free trip and semua tentang bisnes kami 


Ok...siapa CDM Salha Zain ni? Beliau adalah penaung kepada Top Leaders Circle. Sebab tu Yaya cakap tadi, uol tak perlu nak risau atau ragu-ragu dengan kumpulan kami. TLC memang dah establish. Kementerian sendiri yang anugerahkan title Sohonita Icon Malaysia pada CDM Salha Zain ni. Kenapa? Sebab beliau dah banyak menolong kaum wanita / ibu tunggal / suri rumah untuk menjalankan bisnes sendiri. Memang ramai dah yang berjaya dengan bimbingan CDM Salha Zain ni. Kami antara anak didik CDM Salha lah


So, uol memang tak perlu ragu dengan TLC ni. Kumpulan dah terbaik, mentor dah terbaik, plan bisnes dah terbaik. Tunggu uol jela yang nak buat ke tak

CDM Salha selalu pesan, jangan selalu sangat jadi ahli fikir. Kalau ada peluang tu, grab je. Kalau uol kerap sangat jadi ahli fikir, memang uol akan end up dengan asyik tengok kejayaan demi kejayaan orang lain laa



Tak nak kan macam tu? Orang lain semua dah maju kedepan, kita still lagi dok fikir...tak nak lah...

So, mulakan je...TLC dah memang terbaik...

Jumpa anda di puncak kejayaan ye

#TopAgentPremiumBeautiful

Cik Yaya

019-9045851

Saturday, October 24, 2015

TIPS KAHWIN BUDGET




Alhamdulillah...lepas Yaya update entry pasal kisah kahwin Yaya tu, ramai yang pm Yaya tanya berkenaan tips kawin bajet tu...tak sangka kan...memang ramai sangat yang nak berjimat dalam nikah kawin dorang...i mean langkah berjimat cermat dalam persiapan kawin tu memang bagus laa kan...memang Yaya sokong 200%... yela buat apa nak membazir untuk majlis yang sehari dua je...sedangkan lepas kawin tu, banyak lagi kita nak guna duit...seriously Yaya cakap, kalau korang ada duit berkepuk-kepuk dalam poket, go ahead laa kan nak buat majlis grand pun. Tapi kalau korang memang takde bajet, fikirkanlah seribu kali untuk membazir masa hari nikah tu

Hantaran handbag Yaya

Yaya yakin minda orang muda sekarang ni dah terbuka dah...berbeza dari dulu-dulu...just kena fight lah dengan golongan tua yang memang kita tahu pendirian diorang macam mana kan...sangat jarang lah mak ayah yang memang setuju dengan majlis simple ni...Ada, yes memang ada. Yang tu tak dinafikan lah, tapi jarang sangat kita jumpa kan...kalau mak ayah korang memang jenis open minded pasal bab kahwin bajet ni, memang korang sangat-sangat bertuah...tu pun salah satu nikmat yang patut disyukuri kan...alhamdulillah...tapi kalau mak ayah korang memang typical parent bila masuk bab kahwin bajet ni, mohon bertabahlah. Istighfar banyak-banyak. Allah nak uji je tu, kita ni betul ke nak kawin sesangat. Macam Yaya cakap lah, dugaan sedikit sebanyak tu memang akan ada, so be rasional and selesai elok-elok

Ni hantaran untuk belah lelaki 

Trend sekarang pulak, memang nak kawin je WAJIB buat loan. Mintak maaf lah pada yang terasa. Tapi yaya tak tujukan pada specific person pun. Just tujukan pada umum. Sebab antara orang yang Yaya kenal pun bukan sorang dua, tapi ramai yang ambik langkah cepat dan mudah macam ni. Apply loan untuk kawin, memang satu langkah yang sangat kurang bijak dan bahaya. Sangat bahaya.

Sebelum yaya merancang nak kawin lagi, ada sorang hamba Allah ni nasihat kat Yaya, jangan sesekali apply loan untuk kawin. Memang menempah maut katanya. Dan Yaya ikut nasihat dia. Memang Yaya pun tak nak tanggung risiko lepas kawin. Sebab nak membayar loan ni, boleh jadi gaduh bercerai-berai. Kaitan manusia dengan duit ni memang unik. Kalau korang faham apa maksud Yaya kan...sebab duit boleh buat kita bermasam muka, gaduh, cerai, dan macam-macam lagi lah. Seriously Yaya tak sanggup bila fikir anak dah nak masuk dua, tapi loan kahwin dulu still tak setel. Still nak kena membayar bulan-bulan. Ya Allah ngeri nya!!! So, kalau korang memang ada niat nak apply loan kawin ni, fikirkanlah sejuta kali...kawin sehari je kot... nak menanggung hutang 10 tahun apa kes...

So, jom baca kisah Yaya pulak...macam mana persiapan kawin bajet Yaya
  
Entry ni actually berdasarkan pengalaman Yaya. Dan ni memang kisah Yaya. So, korang ada hak nak setuju or tak, just jangan lah yang tak setuju tu sampai menghentam. Manusia ni berbeza kan, so memang ada pendapat masing-masing. Kita chill saje ok, yang nak ambik panduan silakan. Memang dialu-alukan. Sebab Yaya pernah melalui situasi yang sama macam korang dimana buntu kat mana nak cari bajet untuk kawin

Dan macam yang Yaya mention dalam entry kawin sebelum ni, ramai sangat pihak yang membantu dalam persiapan kawin kami. Yes memang ramai. Murah betul rezeki kami. Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga. Allah lorongkan insan-insan yang berhati baik ni pada Yaya...selain pada tu, korang kena kreatif jugak lah. Kreatif dari segi nak cari kat mana orang yang dapat menolong ni...orang yang pandai pasang pelamin, pandai gubah hantaran, pandai mekap...rezeki Yaya, memang Yaya jumpa orang yang ada kepakaran tu semua

Sebelum tu, Yaya nak cerita lah macam mana kami convince mak ayah kami untuk setuju dengan plan kawin bajet ni. Sebab parents kami memang typical parent. First, husband explain dekat mak ayah dia pasal apa yang sebetulnya mengikut islam. And alhamdulillah mak ayah dia ok je. Memahami. Yela kami bukannya orang yang ada-ada. Yaya pulak, susah benau nak yakinkan mak Yaya. Masing-masing berkeras dengan pendapat sendiri. hahaha lucu pun ada bila fikirkan balik. Tapi last-last, Yaya buat-buat merajuk je. kikiki...jadi laa jugak trick tu...kitorang sama-sama setuju...mak Yaya setuju dengan beberapa syarat...and Yaya pun cuba ikot syarat-syarat tu...saling bertolak ansur...give and take...masing-masing puas hati...

Bermulalah plan kami, dengan pertolongan ramai pihak...

Rumah Yaya

1. Khemah - ada sorang kawan kami ni, mak ayah dia memang buat bisnes canopy...so, kitorang sewa je dengan dia...rm150 untuk satu khemah...Yaya sewa satu khemah je...tu pun dah besar...dah muat laman rumah dah...ok je tetamu yang datang makan tu...takde rasa sempit ke apa...alamdulillah jamuan makan tu berjalan lancar...tanpa sebarang masalah

2. Pelamin - masa mula-mula plan, Yaya dengan husband tak nak pun ada pelamin...memang nak jimat sungguh-sungguh...sebab dah taw dah memang kalau nak sewa pelamin mesti mahal punya...kalau mini pelamin tu ok lagi laa..dapat laa dalam 300-400... tu pun kalau booking awal-awal laa...kalau booking lewat, memang takde laa kan...semua orang dah sewa...nak-nak time raya haji, memang musim orang kawin...lagi laa berebut

So, bila bincang dengan mak Yaya, dia nak jugak ada pelamin. So Yaya follow lah, ni salah satu syarat dia. hehe...Kebetulan mak sedara Yaya tu memang dah ada barang-barang untuk pelamin, sebab masa anak dia kawin dulu semua dia beli. Rezeki betul...so ambik jela barang-barang pelamin tu...kitorang angan-angan macam sekadar pasang tirai, letak kerusi bunga dah cukup. Sekadar ada tempat untuk ambik gambar pun dah lebih dari cukup. Tapi Allah nak menolong lagi, sepupu Yaya pulak ada kepakaran hias pelamin. So,  mintak tolong dia laa...

Dan hasilnya memang superb. Yaya sendiri pun tak sangka pelamin kawin Yaya boleh secantik tu. Semua tetamu yang datang masa hari nikah tanya, sewa kat mana pelamin tu? Berapa sewanya? Dan Yaya sekeluarga mampu tersenyum dalam diam...lawak pun ada sebenarnya. Maknanya setanding dengan pelamin sewa laaa kan. Dan bukan mini pelamin tapi pelamin besar punya

 Pelamin rumah pengantin perempuan

Haa kerusi pelamin tu pinjam yang jiran punya. Memang kalau kat kampung tu, pinjam-meminjam tu biasa dah...Hidup berjiran memang macam tu...hehe

3. Hiasan dalam bilik tidur, mak sedara Yaya yang buatkan. Hias sendiri je. Pun tema merah putih. Orang perempuan ni kan berseni, so ikot jela instinct tu. Memang lawa...

4. Goodies bag - beli jajan je...dalam dua tiga jenis...penuh laa bag goodies tu...tapi murah je...tak sampai pun rm50

5. Baju kawin - Yaya jahit sendiri dua pasang baju (baju akad nikah dan baju sambut menantu)...total upah jahit untuk dua pasang baju tu RM150... design sendiri...just mintak tolong dia jahitkan...murah kan? Kalau sewa baju, sepasang dah 200-300...yaya hanya sewa baju untuk sanding je...actually, kalau ikot Yaya yang memang simple ni, baju untuk akad nikah dan sanding tu sekalikan je, means pakai baju pink tu je...tapi tu lah, ni pun salah satu syarat yang mak Yaya tetapkan...sewa baju sepasang untuk sanding...end up dengan baju merah tu sebagai baju sanding kitorang...

Actually, nasib baik Yaya setuju untuk sewa baju sanding tu. At least, sama laa dengan warna pelamin kan. Memang pilihan yang tepat dah tu. Baju sanding sepasang laki pompuan, veil, tanjak, sampin...lepas tu, Yaya tanya dia, boleh tak nak mintak sekali dengan alas duduk...nak duduk masa akad nikah..bridal tu setuju je...dan semua sekali harganya RM200...Ya Allah rezeki betul...



 Hantaran untuk pengantin perempuan 

 Kek ni memang nampak simple, tapi Ya Allah sedap giler...tak muak...lepas kawin tu, 3 kali kitorang ulang beli kek ni...sebab rasa macam tak cukup makan time kawin haritu...kek ni beli kat Golden Sand...sebelah balai polis pasir mas

6. Mekap pulak, bridal tu yang recommend kan...Yaya mekap sekali je...time sanding...untuk akad nikah dan majlis sambut menantu, Yaya mekap sendiri je...bagi Yaya, tak kisah sangat benda macam ni...dalam gambar nanti edit lah kan..hehe

Yaya suka sangat dengan mak andam ni...namanya Kak Tie...suruh minum air selawat, sapu kat muka, nak mula apa-apa mesti dia baca bismillah, kerja pun tersusun, tak memaksa, siap tanya lagi nak cukur tak kening...Yaya cakap tak nak...and dia ikot je kehendak Yaya...kesian jugak sebenarnya sebab susah nak bentuk kening...dekat sejam setengah untuk kening je...tapi takpelah...dah tu memang pendirian Yaya

Masa mekap tu tak blend lagi, memang lah Yaya pun risau. macam mana ni? Cantik ke nanti? Tapi bila mekap tu dah start blend, alamdulillah memang puas hati...Yaya actually tak tahu jugak nak kategorikan mekap yang cantik tu macam mana. Maklum lah, Yaya pun sempoi je...

Mekap hasil dari air tangan Kak Tie ni terbukti cantik, lawa dan menaikkan seri wajah Yaya bila semua tetamu yang datang tu puji mekap Yaya. Cantik katanya, tak merubah wajah asal Yaya. Memang naik seri...so, sekali lagi Yaya tersenyum dalam diam..hehe

Mekap tu, sebenarnya rm200 tapi Kak Tie bagi diskaun jadi RM150 je...rezeki lagi...alhamdulillah...

7. Mahkota dekat atas kepala pulak pinjam jiran punya je. Memang Yaya dah lama aim nak pakai mahkota tu. Sebab masa jiran tu kawin, cantik pulak bila dia pakai. So, Yaya memang berkenan habis lah...puas hati bila dapat pakai

8. Kasut pulak, pakai je yang mana ada. Tak beli pun kasut khas untuk pakai masa sanding. Asalkan kasut tu tumit tinggi, ok laa...lagipun, baju merah tu meleret...tak nampak pun pakai kasut ke tak...Yaya pakai tu just nak nampak tinggi jelaa...maklumlah, Yaya kan cenonet...

9. Shawl pulak, beli je kat jalan tar...RM10 sehelai...beli lah dua helai (RM20)...untuk pakai time sanding dengan akad nikah..veil akad nikah pulak (RM29), memang Yaya dah beli setahun awal...pergi window shopping, grab je yang mana berkenan...was-was jugak nak pakai, tapi bila pakai ok je...setel

10. Untuk gambar dan video, husband mintak tolong kawan...dua orang...Akif dan Puji...kamera memang dah ada...nak ada orang tolong ambikkan jela...tq korang berdua

11. Kenduri makan around Rm3k...tu pun banyak jenis lauk jugak...bubur lagi...so, takde laa nampak macam kawin bajet sangat...orang makan pun puas hati laa jugak

Bapak sedara Yaya sponsor beras..banyak gak...berguni-guni...rejekiiiiiii....hehe

Rumah Husband

Ok rumah husband lagi simple...

1. Jamuan makan laksa rm350... laksa dan laksam...dua jenis kuah...kuah putih kelantan dan kuah kuning thailand...decide nak buat jamuan makan laksa je sebab time tu kan raya haji...orang dah muak makan daging dah...so, buat makanan yang simple-simple je

2. Khemah sewa dengan orang yang sama...RM150

3. Goodies bag dalam RM100...kalau kat kelantan tu, korang cari je kat kedai dalam pasar...memang belambak yang murah-murah tapi berpatutan...

4. Baju melayu moden untuk akad nikah dan sambut menantu tu pun husband jahit...kemas jahitannya... RM200...sampai bila-bila boleh pakai...jimat

5. Kasut sama jugak dengan Yaya...pakai je yang dah ada

6. Pelamin, pinjam kawan punya...pastu pakat-pakat bagi idea untuk cantikkan lagi pelamin tu...nak buat konsep rimba, hah buat lah...asalkan kami selamat kawin...hehe...cantik je Yaya tengok...tak perlu mahal pun, asal kreatif

 Pelamin rumah pengantin lelaki

Untuk barang-barang hantaran pulak, 7 balas 7...kitorang memang beli barang-barang keperluan je...boleh guna lepas kawin...bagi Yaya, kalau beli yang mahal-mahal pun, belum tentu lagi Yaya guna semua tu...tahu sangat dah perangai sendiri ni...simple je

Hantaran Yaya

1.Pulut 
2. Kek rm65
3. Tuala rm19
4. Dress rm25 + handbag  rm50
5. Kasut rm69
6. Buku rm30 + kain sembahyang free (amek je yang ada kat rumah..baru lagi, tak pernah guna pun)
7. Kain baju kurung rm30

Hantaran Husband

1. Kek rm65
2. Kemeja rm29
3. Tuala rm13
4. Kasut rm59
5. Quran rm50
6. Pulut
7. Kain baju melayu rm40

Total bajet rumah Yaya: rm3677

Total bajet rumah Husband: rm800

Total hantaran dua pihak: rm544

Total  semua sekali: rm5021

Banyak lagi barang kecik-kecik yang disponsor, tapi dah lupa dah apa...mostly barang dapur laa...untuk masak kenduri...

So, itulah sikit sebanyak plan kami...memang simple...tapi meriah je...sebab kitorang ramai sedara mara...

Sekali lagi terima kasih pada insan-insan yang menolong kami...really appreciate it :)

Sekali lagi Yaya nak cakap, plan ni ikot masing-masing laa kan...pendapat sendiri...kalau nak ambik panduan, silakan... :)

Lastly, doakan kebahagiaan kami ye

#PremiumBeautifulTopAgent

Cik Yaya

019-9045851

Friday, October 23, 2015

DOLOMITE AWARD FOR JUNE AND JULY 2015



First class after raya with TLC Premium beautiful Expert

Malam ni kami meraikan kejayaan usahawan-usahawan cemerlang yang berjaya menepis segala cabaran yang mengharungi sahaja yang tahu betapa struggle nya mereka untuk achieve pencapaian tersebut. Jutaan tahniah kepada semua penerima award malam ni. Semangat juang uol memang sangat memberi inspirasi pada Yaya untuk buat yang terbaik

 Tahniah Kak Farhana Ramli for the DDM award

Tahniah penerima award 100K! 
100K ni adalah simbolik kepada 5 figure income!

Tahniah penerima award 180K!

 
Sentimental value bila CDM Multimillionnaire sendiri sanggup turun padang untuk menyampaikan anugerah cemerlang pada semua penerima award. Beruntung sangat bila berlapis mentor sudi memberi tunjuk ajar dan dorongan pada kita dalam berjuang mencapai kejayaan. Thank you CDM Abang Lan, CDM Kak Salha, CDM Kak Salleha dan DDM Kak Dyna Salleh kerana tak pernah jemu mencanai Yaya dan team Yaya. Tak pernah walaupun sekali lepas tangan dalam menggalas tanggungjawab mendidik kami semua

 New CDM dari Kelantan. CDM Najiha. Najiha ni senior engineer yang ada company sendiri. Tujuan buat bisnes adalah untuk bebas berbelanja, walau ayah sendiri tokey besar di Kelantan. Tapi beliau nak buktikan bahawa beliau boleh berjaya melalui hasil titik peluh sendiri tanpa perlu bergantung 100% pada kekayaan keluarga

 
InsyaAllah we follow mentor-mentor 500%

Let’s join us sekiranya anda ingin mengalami pengalaman bebas masa, bebas hutang dan bebas berbelanja. Free training and free coaching available

“In order to succeed, your desire to success should be greater than your fear of failure”

Contact Yaya kalau anda ada impian untu bebas masa, bebas hutang dan bebas berbelanja

#TopAgentPremiumBeautiful

Cik Yaya

019-9045851