Wednesday, September 28, 2016

PENGALAMAN SENDIRI: CARA UNTUK BANYAKKAN SUSU IBU DENGAN SARUNG PREMIUM BEAUTIFUL CORSET SECARA KONSISTEN



Yes, that's it! Apa yang uol baca kat tajuk tu, itu lah yang Yaya nak share untuk entry kali ni. Tajuk tu dah memberi gambaran sepenuhnya tentang apa yang Yaya nak kongsikan kali ni. Lagi pasal breastfeeding. Kenapa Yaya semangat and suka sangat bercerita dan berkongsi tentang breastfeeding ni? Sebab Yaya sangat support breastfeeding ni. As for me, dapat menyusukan baby dengan susu ibu selama 2 tahun ni merupakan satu kemenangan. 

Tempoh penyusuan susu ibu:

6 bulan - diploma
1 tahun - ijazah 
1 tahun 6 bulan - master
2 tahun - phD

Haa...macam tu laa lebih kurang gambaran tentang tempoh penyusuan susu ibu ni. Uol dah sampai tahap mana? Kalau dah berjaya susukan baby dengan susu ibu selama 6 bulan pun dah rasa happy giler. Susu ibu sahaja taw. Yaya baru je nal masuk bulan 3 and masih panjang lagi perjuangan ni. So, uol doakan Yaya kuat semangat dan rajin untuk susukan baby dengan susu ibu ni ye. Semuanya demi anak. 



Setiap kali dengar anak tegur air susu tu, gulp! gulp! gulp! Memang gembira yang teramat. Perasaan tu tak terkata. Macam segala penat lelah selama ni terbalas. haha penat lelah apa entah. Penat lelah mengandungkan baby kot. Uol ibu-ibu yang menyusukan baby dengan susu ibu ni mesti faham kan apa yang Yaya cuba nak sampaikan ni. You feel me, right? 



Okay, berbalik pada perkaitan antara breastfeeding dan premium beautiful corset. Bila diri-sendiri pakai pb corset masa susukan baby, memang terlebih excited laa kan nak share apa yang kita rasa. So, Yaya akan listkan tindak balas yang berlaku dan apa yang Yaya rasa @ alami bila pakai pb corset ni. Yaya ceritakan dalam bentuk kronologi supaya lebih enjoy untuk uol baca dan mudah nak faham. 

1) Hari pertama masa kat hospital. Masa dalam wad. Yaya perah susu. Masa ni, susu yang keluar adalah colustrum yang kekuningan tu. Sikit giler. Walaupun Yaya tahu amount tu dah cukup untuk baby yang umur 1 hari (sebab perut baby pun kecik je), Yaya still tak puas hati. haha sebab selalu tengok orang perah susu dapat banyak. Tapi takpe, masa ni boleh sabar lagi. Dengan kolustrum yang sedikit tu, Yaya pergi wad baby untuk suapkan baby colustrum tu. Alhamdulillah baby telan. Comel je masa tu. Maklum lah, first time tengok mulut baby telan susu. haha. Masa ni Yaya cuba jugak untuk susukan baby secara direct. Tapi Yaya tak biasa dan rasa kekok. So, baby tak berapa nak hisap. hehe ibu- ibu wajib cari banyak ilmu tentang penyusuan ni taw. Macam Yaya, banyak lagi yang nak kena belajar. 



2) Masa hari ke2, time ni dah boleh discharge. Yaya perah lagi susu. Alhamdulillah colustrum dah makin banyak. Lazat je tengok susu warna kekuningan camtu. Yaya ok je dengan amount sebanyak tu sebab baby pun banyak tido masa ni. Almost 24 jam tido je kerja nya. Yaya kejutkan untuk menyusu pun tak layan.

3) Masa hari ke5, still lagi dalam pantang. Time ni Yaya just pakai Long bra PB je dulu. Sebab masa tu, luka jahitan tak sembuh lagi. Still rasa sakit. Kalau bagi Yaya, sakit yang teramat. Setiap kali jalan @ gerakkan badan, mesti rasa sakit. Nak duduk pun kena senget sebelah, kalau tak menyucuk-nyucuk je rasanya. Ngilu. Sebab tu Yaya tak berani nak pakai full set pb. Yaya decide untuk pakai bila luka jahitan dah sembuh (mindset masa tu laa)



4) Masuk hari ke4, colustrum dah mula takde ganti dengan susu matang yang warna putih tu pulak. Masa ni susu dah start banyak. Baju asyik basah je sebab susu melimpah. So, Yaya beli pump. Tak beli electric pump pun. Sebab Yaya bukannya nak kejar untuk kumpul stok. Perah sekadar untuk kurangkan bengkak susu je. So, Yaya decide untuk beli haakaa pump. Alhamdulillah best je bila perah susu. Senang nak bergerak ke mana-mana. Bila tengah pump, tak perlu nak duduk setempat. Nak buat kerja sambil pump susu pun boleh. Overall, memang Yaya puas hati laa dengan haakaa pump ni. Berbaloi dengan harga (iklan ke ni??). haha



5) Oh ye, masa hari ke berapa entah, Yaya lupa dah. Masa ni, masih lagi keluar colustrum. Colustrum yang nampak lazat tu terpaksa dibuang macam tu je. Sebab dah lama sangat kat luar. Silap Yaya jugak tak simpan dalam fridge. Yaya tunggu baby bangun, tak bangun-bangun. Asyik tidur je. Hubby siap pujuk Yaya, cakap takpe laa...nanti bagi je susu lain.Yaya merajuk susu terpaksa buang macam tu je. 

Kenapa Yaya merajuk? Nilai susu ibu dan susu formula ni tak sama taw. Kalau susu formula terpaksa buang macam tu je, Yaya takde laa rasa terkilan sangat. Sebab nilai nye di wang ringgit. Tapi kalau susu ibu yang terpaksa dibuang, rasa sedih sangat  Susu ibu ni harga nya tak ternilai. Susu semulajadi anugerah Allah untuk kaum wanita je. Lelaki ada? Takde kan. Tu yang specialnya. Dan tak semua orang dapat peluang susukan baby dengan susu ibu, tapi Yaya dapat peluang tu. Rasa bertuah dan beruntung sangat. Sebab tu lah Yaya sedih sangat sampai nak merajuk bila susu terpaksa dibuang. 



6) Hari ke 5-20, alhamdulillah susu badan still ada. Melimpah-limpah. Sentiasa bengkak susu. Rasanya asbab pakai long bra pb ni. Masa ni  memang setiap hari terpaksa perah, simpan dalam peti untuk elakkan bengkak susu.

7) Hari ke21, bermulalah episod manis dalam hidup Yaya. Masyaallah speechless rasa nya bila tengok stok susu start hari ke21 ni. Bemula hari ke21, Yaya dah start pakai full set pb (long bra, waist nipper, long girdle). Masa ni, luka jahitan tak sembuh sepenuhnya lagi, tapi sakit tu dah takde. So, ok laa Yaya beranikan diri pakai full set pb. Dan keputusan Yaya untuk pakai full set pb memang tak silap. Susu melimpah-limpah. Kalau sebelum ni, pakai long bra je pun susu dah banyak, kali ni pakai full set lagi banyak yang keluar. Tak terkata, dalam peti penuh stok susu. Tak muat peti ais sebab stok daging raya haji pun banyak. hahaha

Start hari ke21 sampai lah sekarang hari ke63, alhamdulillah Yaya tak miss pakai pb full set. 



Haa lagi satu benefit yang Yaya dapat bila pakai pb full set, alhamdulillah luka jahitan makin cepat sembuh. Hehe sebelum ni beriya laa tak nak pakai sebab sakit. Kalau pakai awal-awal kan senang. Rugi masa je.

Apa yang Yaya rasa bila pakai pb full set ni. Beza ke kalau pakai pb? 

Jawapan nya MEMANG BERBEZA!

----> Bila pakai pb ni, badan kita akan rasa warm. So  peredaran darah makin lancar. As we all know, air susu tu pun dari darah kan. So, bila peredaran darah lancar, air susu yang dihasilkan makin banyak dan flow air susu tu pun makin laju.

Masa pakai pb, kita boleh rasa aliran air susu tu turun ke breast. Rasa warm and sakit sikit. Lepas tu memang bengkak susu laa kan.

Musim raya haji tu memang elok sangat laa pakai pb ni sebab musim raya asyik makan yang berlemak je kan. So, pb ni membantu lancarkan darah. Memang wajib pakai pb. Shape body cantik and berat maintain tu satu bonus laa kan? 



-----> Masa menyusu pulak, long bra pb tu membantu menyokong payudara. So, elok sangat untuk ibu-ibu yang tak nak breast kendur/londeh ke bawah. Biasa laa, lepas bersalin memang breast agak kendur. Yaya pun mengaku. Tu effect yang memang tak boleh nak elak dah. Tapi kita boleh anjalkan balik breast tu kan? So, Yaya beruntung sangat miliki set pb ni. Insyaallah dengan pemakaian pb yang konsisten, boleh naikkan balik breast yang jatuh tu.

Haa lagi satu. bil long bra pb tu menyokong kedudukan breast time menyusukan baby, lekapan mulut baby tu pun betul. So senang untuk baby suck susu tu. Baby selesa, ibu pun happy. 



-----> Fabrik pb yang sangat selesa untuk penyusuan. Cup bra tu just selak je ke bawah. Then susukan baby macam biasa. Pakai pb ni tak leceh pun. Senang je kalau pakai ikut cara yang betul. 

-----> Selain dari tu, waist nipper pb ni sangat membantu untuk menyokong tulang belakang masa menyusukan baby. Bagi ibu-ibu yang breastfeed anak, tahu laa macam mana lenguhnya tengkuk dan belakang badan tu bila menyusukan baby terlalu lama. Nak-nak kalau baby yang jenis rendam puting. Mau berejam jugak laa duduk di posisi yang sama (baby Yaya laa tu).

So  memang elok sangat pakai waist nipper time susukan baby. Badan pun tak membongkok. Sebab kalau takde apa-apa sokongan dekat badan, kita tak sedar pun badan membongkok. So, pakai waist nipper ni memang tak membongkok dah. Tegak je badan. Baby pun selesa. 




So, teruja tak baca entry Yaya kali ni? Perkongsian kali ni ikhlas dari hati Yaya. My own experience. 

Next entry, Yaya akan kongsikan lagi tentang kebaikan pb corset ni masa berpantang. Excited sebab Yaya dah rasa sendiri. So teruja nak share dengan uol. hehe

Lepas baca entry kali ni, rasa tak sabar nak sarung pb corset kat badan kan? So, apa tunggu lagi. Contact Yaya cepat-cepat untuk dapatkan harga kasih sayang. Bagitahu je uol customer dari blog. Nanti kita nego-nego lah harga ye

Untuk yang nak join kami jadi pb expert pun boleh. Untung runcit dapat, untung bonus pun dapat. Haa macam mana tu? Nak tahu lebih lanjut, jangan segan-segan untuk contact Yaya ye. 

Bye!

Cik Yaya
019-9045851 @ 014-5002339

#PremiumBeautiful #PbExpert #PbKelantan #AgentUtamaPremiumBeautiful #Breastfeeding #TipsBanyakkanSusuIbu #BisnesOnline #KorsetBerpantang #BengkungModen #SetBerpantang #SetBersalin #Pregnant 

1 comment:

  1. testimoni premium beautiful
    pakai premium beautiful untuk rawat slip disc
    premium beautiful
    baju dalam kalis lemak
    magic cloth
    harga premium beautiful
    premium beautiful tiruan
    premium beautiful penipu
    saiz premium beautiful
    fungsi premium beautiful
    slip disc
    punca slip disc
    kisah benar pesakit slip disc
    promosi premium beautiful
    kelebihan premium beautiful
    korset kesihatan
    pakej perkahwinan
    perut buncit
    agent utama premium beautiful kelantan
    agent utama premium beautiful selangor
    top leaders circle
    cik yaya premium beautiful kelantan
    cara ukur premium beautiful
    cara kira saiz premium beautiful
    premium beautiful sungai buloh
    premium beautiful puncak alam
    premium beautiful shah alam
    premium beautiful pasir mas
    free fitting premium beautiful
    beza premium beautiful dengan korset lain
    perut buncit
    besarkan breast
    rawat slip disc
    apa itu slip disc
    sakit belakang
    breastfeeding
    penyusuan susu ibu
    apa itu colustrum
    kebaikan colustrum
    breast londeh
    tips banyakkan susu ibu
    breast jatuh
    breast kendur
    direct feeding
    kelab menyusukan bayi
    anak
    cara penyusuan yang betul
    Breastfeeding tips
    Tips mudah bersalin
    Tips menyusukan bayi

    ReplyDelete