Sunday, December 31, 2017

PREMIUM BEAUTIFUL SHAH ALAM | TAMAN BOTANI SHAH ALAM | CINTAN CINTUN SUHAIDA CHE YAHYA


Hari ni naik basikal je.
Katanya azam baru nak kurus balik.
Kena lah kayuh jugak.
Baru lah keluar peluh nya.
🚲🚲🚲

Haha
Tak ada lah, ni gambar time tengah nge-date dulu.
Bukan lah pergi berdua je. Tapi ada kawan-kawan lain yang join sekali.

Apa nama tempat ni, Taman Botani Shah Alam kalau tak silap.
Time ni punya la tuff je badan (kot) mungkin time kerja jadi orang kaya - angkut duit hari-hari.

Sekarang ni memang tak da nya tuff macam ni.
Tapi in Shaa Allah tengah usaha nak kuruskan balik
Ada cerita di sebalik kejadian sebelum sampai sini tau.
Agak keterlaluan jugak la kalau nak diikutkan.
Tapi nak cerita jugak.

*******************************

Masa nak pergi ni, Paidi Hasan tak tahu pun tujuan, and nak pergi mana. Jadi volunteer nak jadi driver je la. Sebab boleh pergi sebijik kereta je. Alza kan 7 seater. Jadi jimat la sikit kan lagipun kami ni 7 orang ngam-ngam je.


Kawan yang datang sekali tu, geng-geng si Suhaida Che Yahya daripada tempat dia kerja time tu. Merangkap dia punya course mate kat USM masa study degree dulu.

Ok dah semuanya berkumpul di Seksyen 7 Shah Alam, jadi kitorang pun pergi la ambik tempat dorang park kete tu.
Ok dah ambik, Nak pergi mana ni?

Taman Botani Shah Alam, Katanya di Bukit Cerakah.
Punya lah confident ambik GoogleMaps hala ke Bukit Cerakah.
Mula-mula naik Highway Guthry, and exit ke mana entah.

Dah hala ke Puncak Alam kalau tak silap.
Dah habis jalan, memang confirm tak jumpa.
Baru lah terkial-kial nak check balik tempat tu kat mana.


Rupa-rupanya alahai dekat Seksyen 9 Shah Alam je pun.
Apa lah nasib pusing jauh kemain. Walhal tak sampai 5 minit je pun dari rumah. 😅😅😅


Nasib baik lah masa tu still ok lagi.
Dan alhamdulillah boleh sampai kat Taman Botani Shah Alam 
tu sebelum tengahari.
 

Actually ok jugak la tempat ni kalau nak bawak family, budak-budak jalan-jalan sebab banyak juga aktiviti yang kita boleh main.
Kitorang pinjam besikal je, sebab nak pusing-pusing sambil habiskan makanan yang dah siap-siap beli masa on the way tadi.

List aktiviti yang ada kat sini lupa la pula.
Tapi boleh check kat website 



No comments:

Post a Comment