Apa definisi kurus
bagi uol?
Kurus kering?
Kurus melidi?
Kurus melengkung?
Kurus cengkung?
Atau kurus macam Rozita Che Wan?
Kalau nak diikutkan,
Che Ta ni memang ada shape cantik. Che Ta bukan jenis kurus yang Yaya
senaraikan kat atas tu…dan kalau uol tertanya-tanya bagaimana untuk kurus
dengan selamat dan berkesan, ada beberapa tips yang Yaya boleh kongsikan untuk
uol amalkan bagi mendapatkan berat badan ideal dan bentuk badan menarik
sepanjang masa
Jadi kalau uol
teringin sangat nak shape badan yang tak berlapis-lapis macam Che Ta, apa kata
jom kita sama-sama amalkan tips berikut. Tapi jangan lah uol expect harini
buat, esok terus dapat badan kemas macam Che Ta ni
Ni gambar Kak Salha dengan Che Ta masa birthday party annaseaskey
1. Jadikan air masak sebagai minuman utama
Semasa sarapan,
teruskan minum jus oren atau kopi/teh kegemaran ada. Tapi lepas tu, pastikan
anda hanya minum air masak dan bukannya air jus/manis/berkarbonat/tin
Kajian mendapati
secara purata orang ramai minum hampir 245 kalori berlebihan sehari daripada
air jus/manis/berkarbonat/tin. Ianya hampir 90,000 kalori setahun bersamaan 11
kilo tambahan kepada berat badan!
2. Makan 5-6 hidangan kecil sehari
Makan berulang kali
tapi dalam kuantiti yang sedikit. Kajian mendapati mereka yang membahagikan
hidangan makan mereka akan makan kurang 30% kalori dalam hidangan yang
berikutnya. Sebagai contoh, jika anda membahagikan sarapan anda kepada dua
hidangan misalnya, satu sebelum ke tempat kerja dan satu lagi ketika rehat
pagi, maka anda tidak akan makan dengan banyak sewaktu makan tengahari. Badan
anda akan kurang mengeluarkan insulin yang mengawal kandungan gula dalam darah
dan perasaan lapar juga akan berkurang
3. Berjalan sekurang-kurangnya 45 minit sehari
Ambil kesempatan
untuk menambah masa berjalan kaki dalam perkara-perkara yang kecil seperti
mengikut jalan jauh ke tempat kerja, menggunakan tangga, memilih restoran yang
memerlukan anda berjalan lebih jauh dari biasa, window shopping di pusat
membeli belah, parking kereta jauh sedikit dari biasa, dan lain-lain. Ini
kerana jika dilakukan setiap hari, anda boleh mengurangkan sehingga 13kg berat
badan dalam masa setahun tanpa anda sedari
4. Perbanyakkan warna biru dalam kehidupan anda
Ada sebab mengapa
restoran makanan segera tidak menggunakan warna biru dalam hiasan restoran
mereka. Percaya atau tidak, kajian mendapati warna biru menghalang selera
makan. Jadi apa lagi, sediakan makan malam dalam pinggan biru, pakai baju biru
ketika makan dan gunakan alas meja berwarna biru. Dalam masa yang sama, elakkan
warna merah, kuning dan oren di ruang makan kerana warna tersebut didapati
membuka selera makan
5. Buang pakaian besar anda
Jika anda berjaya
mencapai berat badan yang dihajati, tahniah! Dan pastikan anda sedekahkan atau
buang pakaian lama anda yang sudah gelebeh tu. Secara psikologi, idea bahawa
anda terpaksa membeli baju baru jika berat badan anda bertambah kembali pasti
menjadi motivasi untuk anda mengekalkan berat badan ideal anda sekarang
6. Gunakan pinggan yang kecil
Tahukah anda, lebih
banyak makanan yang terhidang di hadapan anda maka lebih banyak yang anda
makan, tanpa mengira tahap kelaparan sebenar anda. Untuk itu, gunakan pinggan
yang lebih kecil
7. Makan bijirin untuk sarapan
Bijirin sarapan
seperti cornflakes atau coco crunch bukan untuk kanak-kanak sahaja malahan ia
sesuai untuk orang dewasa. Mereka yang makan bijirin sarapan sekurang-kurangnya
5 kali dalam seminggu menghadapi kurang risiko obesiti dan diabetes berbanding
mereka yang memakan makanan lain untuk sarapan. Bijirin ini juga mengandungi
serat, kalsium dan yang paling penting kurang lemak
8. Makan hanya apabila lapar
Kedengarannya mudah,
tapi tahukah anda kebanyakan orang makan hanya kerana bosan, memang waktu biasa
makan, gemuruh atau cemas, kecewa dan pelbagai lagi sebab kecuali lapar.
Selepas ini, pastikan anda hanya makan apabila perut anda sudah mula berbunyi.
Eksperimen mudah – jika anda inginkan/idamkan sejenis makanan tertentu, anda
tidak lapar. Sebaliknya anda akan makan apa sahaja jika anda benar-benar lapar
9. Makan dengan tenang dan perlahan
Secara saintifiknya
otak manusia ketinggalan hampir 20 minit berbanding perut untuk memberi isyarat
kenyang. Oleh itu, ambil masa untuk menikmati hidangan makanan anda, dan otak
anda akan dapat memberi isyarat kepada anda untuk berhenti bila tiba waktunya
10. Makan buah-buahan
Jika anda mempunyai
pilihan sama ada untuk makan buah-buahan atu minum jus buah-buahan, pilih untuk
makan. Buah-buahan yang dimakan memberi lebih kepuasan dan mengenyangkan
berbanding sekotak air jus buah, bermakna anda akan kurang makan makanan lain
sepanjang hari
Jom sama-sama kita
amalkan tips sihat ni
Selamat mencuba dan
semoga berjaya ;)
#TopAgentPremiumBeautiful
Cik Yaya
019-9045851
No comments:
Post a Comment