Alhamdulillah malam ni kami berkesempatan lagi untuk
berkumpul di kelas bisnes mingguan. Kelas malam ni berkisar pasal betapa
pentingnya menghadiri majlis ilmu. Kalau takde ilmu, macam mana nak berbisnes
kan? Nak explain dekat orang pun takut-takut. Keyakinan pun kurang. Sebab tu
lah ilmu ni salah satu elemen yang penting untuk berjaya
Memang best sangat kelas malam ni. Sebab apa? Mentor Yaya
yang dari Melaka pun turun padang. Ya Allah memang lama giler tak jumpa dengan
Kak Dyna ni. Rasanya dari sebelum kawin lagi kot.
Akhirnya, malam ni dapat
jugak jumpa setelah sekian lama memendam rindu. Satu lagi, memang sangat tak
sangka laa dapat sembang dengan Abang Lan, sifu multimillionnaire. Yaya dah
naik kereta dah pun. Tapi keluar balik semata nak dengar amanat Abang Lan
walaupun sekejap. And dapat bergambar dengan Abang Lan. Memang malam ni malam
yang sangat bertuah lah. Sampaikan rasa macam tak nak balik je. Sebab aura
positif tu kuat sangat
Pesanan mentor tadi, kalau nak cepat jadi, memang kena tolak
segala alasan ke tepi. Sebab impian dan alasan memang takkan bergerak seiring.
Terima kasih pada mentor-mentor yang sudi berkongsi ilmu malam ni. Dan terima
kasih jugak pada Kak Dyna sebab bagi souvenir dari Vietnam
"Modal duit takde takpe lagi...sebab dengan modal ilmu,
insyaallah boleh buat duit besar. Tapi kalau modal ilmu percuma pun tak sudi
nak terima, maka jangan ditanya kenapa saya tak menjadi macam dia"
Lastly, sikap memang penting untuk berjaya. Inilah manisnya
bisnes dengan top leaders circle ni. Segala aspek digilap. So, itulah penutup
untuk aktiviti hari ni. Tak sabar nak ke kelas minggu depan pulak
No comments:
Post a Comment