Monday, March 7, 2016

10 TIPS MENGAMBIL HATI MERTUA DAN IPAR DUAI

Assalamualaikum uol...


Yaya baru je balik dari rumah mertua. Dekat je pun. Tak sampai 10 minit jarak rumah Yaya dengan rumah husband. Rezeki dapat jodoh dekat

Harini Yaya nak share tentang 10 Tips mengambil hati mertua dan ipar duai. Aik? Lari tajuk nampak =P

Apa salahnya kan? Yaya pun baru je beberapa bulan jadi menantu. So tak salah kan kalau kita sama-sama belajar. Sebab banyak lagi kurang sana-sini especially bab masak-masak tuh. haha

Jom baca tips kat bawah ni. Moga bermanfaat!

1. Angguk-angguk

Walaupun ada beberapa perkara yang kita tidak setuju, angguk-angguk sahajalah. Biarkan mereka selesa dengan pilihan mereka sendiri. Lebih baik mengiyakan apa sahaja tindakan yang mereka buat

Walaupun kadang-kadang panas juga hati dengan tindakan mereka, bersabar sahaja. Itu lebih baik


2. Jangan masuk campur

Jangan masuk campur urusan mereka, melainkan ia bertentangan dengan islam

Senyum sentiasa dan ramah santun bila berbicara. Jangan pula pilih kasih untuk berbaik-baik

3. Jangan sampai suami report balik pada mak dia

Kadang-kadang apa yang terzahir dari mulut isteri adalah dalam keadaan tanpa sedar. Suami yang mendengar, cuma angguk-angguk sahaja. Entah faham entah tidak

Sebab itu suami kadang-kadang berasakan maklumbalas dari isteri tentang keluarganya itu tidak ada apa-apa. Tetapi bila sampai ke telinga mertua dan ipar, boleh jadi perang besar

4. Jangan berkira tentang duit dan tenaga

Pertama sekali, jangan lah terlalu kedekut. Belanjalah sedikit barang-barang keperluan untuk keluarga mertua

Yang kedua ni bukan berkira tentang duit, tetapi berkira tentang buat kerja rumah. Elakkan kerja kita diambil alih orang lain seperti pakaian kita, suami dan anak-anak. Cuci pinggan mangkuk sendiri dan jangan sesekali biarkan di sinki



5. Tunjuk rajin masak

Tunjuklah rajin memasak di dapur. Sedap tak sedap, itu belakang kira. Asalkan rajin membantu ipar dan mertua

Dalam fikiran si ibu mertua, kalau si isteri tak pandai masak, dia mula risaukan anak dia. Siapa yang akan bagi makan?

6. Banyakkan berbual

Perbanyakkan bualan mesra yang boleh menarik minat mertua dan ipar duai. Kalau mereka suka tengok drama di TV, layan kan sahaja

Walaupun tidak sama level, ketepikan dahulu. Janji komunikasi

7. Jangan tunjuk malas

Jangan tonton tv bila mertua dan ipar duai sibuk mengemas rumah. Tak rugi membantu mereka mengemas bersama

8. Berikan hadiah

Sebab tu, kita selalu nampak orang dulu-duluakan bungkus bawa buah-buahan bila berkunjung ke rumah tetamu. Sama juga adabnya bila menantu melawat mertua

Jangan lupa belikan mereka ole-ole jika berkunjung ke tempat pelancongan

9. Hormati privasi

Jangan ambil apa-apa barang dalam rumah mertua tanpa minta izin terlebih dahulu. Juga, jangan suka-suka masuk bilik orang lain tanpa kebenaran

Jangan alihkan perabot atau susun atur dalam rumah mengikut citarasa kita

10. Jangan ambil kesempatan

Untunglah kalau dikurniakan mertua yang baik. Namun, jangan cuba-cuba untuk mengambil kesempatan di atas kebaikan mertua dan ipar duai. Sekali buat hal, mereka tidak akan percaya sampai bila-bila

Akhir kata, sentiasalah berfikiran positif serta elakkan prasangka buruk dalam kehidupan berumah tangga. Hidup kita bukan dengan pasangan semata-mata, tetapi ia merangkumi kehidupan keluarga pasangan kita

Semoga menjadi menantu favourite yang disayangi! 

Cik Yaya

019-9045851

No comments:

Post a Comment