Assalamualaikum uol
Malam semalam rutin macam biasa lah. Kalau hari rabu malam, memang ada kelas bisnes mingguan di Dolomite centre, Batu Caves
Tahniah buat yang dapat hadir ke kelas semalam. Especially to my husband lah, sebab dari pagi kerja but still boleh hadirkan diri ke kelas. Memang salute betul dengan semangat bisnes husband Yaya ni. Insyaallah pengorbanan setahun dua ni akan terbalas jugak nanti. Yang penting, jangan pernah putus asa dan sentiasa percaya yang pertolongan Allah tu sentiasa ada
Dari awal join bisnes
lagi, mentor-mentor selalu pesan. Mentor selalu cakap camni, kelas
memang tak wajib. Tapi kalau nak berjaya dalam bisnes memang WAJIB ada
ilmu. So kat mana lagi nak dapat ilmu bisnes kalau bukan kat kelas kan?
FREE pulak tu. Tak perlu nak spend duit pun
And Yaya bersyukur
sangat-sangat sebab pernah dan berpeluang hadirkan diri ke kelas sebelum
ni. Hadir ke kelas tanpa dipaksa, tanpa disuruh oleh mentor. Rela
datang dengan sendiri. Sebabnya Yaya dah dapat rasa kesan positif
datang ke kelas tanpa dipaksa, tanpa disuruh
Even dok jauh, ilmu kelas
masih melekat di hati. Sebab kat kelas ni bukan setakat diajar ilmu
bisnes semata, tapi ilmu kehidupan jugak. I'm glad, dulu tak banyak
alasan bila mentor ajak pergi kelas buat pertama kali
Throwback 2 tahun lepas: Inilah waktu pertama kali Yaya hadirkan diri ke kelas. Ingat lagi masa ni baru je lepas grad, then terus ambik keputusan menumpang kat rumah abang Yaya kat Kajang supaya dapat rasa feel ke kelas. Nak pergi kelas kat Batu Caves memang takde kenderaan, tambahan pulak Yaya memang fail kalau bab jalan ni. So, dengan semangat membara, Yaya belajar naik KTM untuk pertama kali. Alhamdulillah sampai jugak ke kelas
Ini lah kali pertama Yaya jumpa secara dekat dengan mentor-mentor dan geng-geng TLC yang lain. Memang agak kekok pada permulaan. Sebab tak biasa kan. Tapi betapa bertuahnya Yaya dapat join TLC and kenal dengan adik beradik TLC ni sebab kami semua dah macam family. Kalau tak jumpa memang rasa rindu
Masa ni lah first time jumpa CDM Kak Salha Zain. Time ni Kak Salha masih lagi mengandungkan anaknya yang ketiga. Sekarang anak Kak Salha dah berumur setahun lebih dah. How time flies
Haa yang ni pun antara gambar kenangan jugak ni, sebab kalau Yaya pakai simple camni memang boleh agak dah Yaya pergi kelas naik komuter. Bukan setakat 1 komuter tapi 2 buah bas, 2 komuter. Baru lah sampai ke kelas. Masa tu semangat memang berkobar-kobar. Kena naik bas sekali dengan geng-geng bangla pun takpe laa. Memang ada rasa takut tu tapi insyaallah niat baik nak tuntut ilmu, Allah akan permudahkan
Memang bersyukur sangat sebab tak berat hati dan selalu berlapang dada setiap kali mentor ajak ke kelas. Kenangan ke kelas dengan bas, komuter, jalan kaki, semua tu memang Yaya akan ingat sampai bila-bila. Priceless moment, sebab memang kita perlu rasa susah dulu, kalau nak capai kesenangan kan. Mentor-mentor Yaya lagi hebat cabaran yang dorang perlu hadapi untuk sampai ke tahap sekarang, so apalah sangat pengorbanan Yaya naik public transport untuk ke kelas ni. Insyaallah Yaya percaya segalanya akan terbalas suatu hari nanti ;)
Cerita semalam:
Tahniah Kak Farhana Ramli atas pencapaian Car Fund. Tak lama lagi dah boleh naik Merc la
O-group lepas kelas berakhir, memang tak boleh miss. Lewat macam mana pun, wajib ada masa o-group ni, sebab masa ni lah CDM Kak Salha sampaikan amanat beliau pada semua
Muka happy setiap kali ke kelas. Kalau yang kerja dari pagi sampai ke malam pun sanggup datang kelas ni untuk recharge balik tenaga. Nak serap aura positive mentor-mentor sebab kat luar sana memang kita dah serap macam-macam yang negative kan
Antara CDM maskulin. Haa tercabar rasa diri ni bila lelaki pun semangat buat bisnes premium beautiful. Jual produk orang perempuan. Salah seorang daripada CDM ni pun dapat award car fund malam tadi. Tahniah CDM!
Barisan CDM TLC yang sentiasa lawa dan anggun. Tersama colour pulak, katanya tema "tetiba ala-ala pink dusty gitu"
CDM Azlan Deraman bersama penerima award car fund. Tahniah! We follow u!
Malam semalam jugak, CDM Abang Lan ada umumkan satu good news khas untuk TLC. Memang kitorang ni sejak dari siang hari lagi tak sabar nak tahu apa laa good news tu kan. Alhamdulillah semalam dah terjawab dah. Tunggu Yaya update dalam next entry okey
Cik Yaya
019-9045851 / 014-5002339
#PremiumBeautifulKelantan #marineessence #BisnesOnline #JanaPendapatanSampingan
No comments:
Post a Comment