Good morning uol!
Amboi tajuk nak win je kan. Saje je tu nak express kan betapa happy dan kenyang nya Yaya pagi ni sebab dapat makan dengan penuh berselera. Alhamdulillah, memang Yaya dah lama sangat tak lalu makan. Kali terakhir dapat makan dengan berselera, seingat Yaya 4 bulan lepas sebelum pregnant. Bila dah start pregnant, memang bagi jela apa pun, Yaya makan dua tiga suap je. Itu yang berat turun almost 4 kilo. Nurse pun berleter suruh makan banyak. hehe nak buat macam mana nurse, saya memang tak lalu makan. Nak paksa karang, termuntah pulak. So makan jela sekadar alas perut
Tapi pagi jumaat ni, memang rezeki Yaya gamaknya. Mak mertua buatkan nasi kerabu untuk kitorang sekeluarga. Yaya makan banyak giler and surprisingly habis licin. Memang dah lama tak rasa nikmat makan macam ni. Itu yang terlebih excited tuh. Dan Yaya tak perlu nak dengar husband berleter "awak ni nak saya kurus tapi asyik pass balance makanan awak kat saya je"
Inilah dia nasi kerabu yang sedap tu. Makan sampai puas hati ye
Yes memang itu laa yang Yaya buat dah hampir 4 bulan ni. Asyik pass je makanan kat husband sebab tak larat nak habiskan. Nak buang karang membazir, so encik suami laa tukang habiskan setiap makanan Yaya. Itu yang dia makin membulat. Orang makin bulat ni kuat berleter taw uol =P takde laa gurau je tu. Harap-harap ni permulaan kepada berakhirnya alahan Yaya selama ni. Serius seksa hadap alahan mengandung ni. Paling seksa batuk lah. Sampai kan nak tidur malam pun tak boleh. Alhamdulillah makin ok dah sekarang ni
Ni gambar sebelum kawin, time ni badan dah kecik dah sekarang lagi kecik. Muka pun cengkung je. Alahan punya pasal
Oh ye berbalik pada cerita nasi kerabu tadi, actually nak buat nasi kerabu untuk breakfast takde laa susah pun. Tak perlu nak terkejar-kejar sebab kebanyakan bahan-bahan nasi kerabu ni boleh prepare one day before ataupun malam sebelumnya. Kalau uol tak nak bangun awal pagi laa semata-mata nak sediakan semua tu. Macam kitorang pagi tadi, just masak nasi and goreng ikan je. Yang lain dah siap dah. So dapat lah makan untuk breakfast
Dah alang-alang Yaya share entry pasal ni, nak kongsikan sekali pasal resepi nasi kerabu ni
Bahan-bahan untuk nasi:(sukatan & olahan cara rohaisha)
1 genggam penuh bunga telang | rendam dalam air secukupnya (Yaya pakai pewarna je)
2 1/2 cawan beras
3 1/2 cawan air rendaman bunga telang (sukatan ikut jenis beras)
pesepi nasi kerabu5 helai daun limau purut | koyak2 sedikit
1 batang serai | titik
Cara:
1.Ramas dan rendamkan bunga telang dalam air secukupnya.Ketepikan.
2.Cuci beras dan rendam seketika.Toskan beras dan masak nasi seperti biasa dengan memasukkan air bunga telang bersama serai dan daun limau purut dalam periuk.Kacau rata.
3.Tanak hingga nasi masak.
**Boleh juga titikkan pewarna biru jika tidak menggunakan bunga telang.
Kuah Tumis:
Santan pekat (saya guna 1 cawan)
7 ulas bawang merah* | (*) kisar
1/2 labu bawang putih*
3 labu bawang besar*
15 tangkai cili kering*
1 cm halia*
1 batang serai | ketuk
1 keping asam keping
2 sudu besar gula
Sedikit gula melaka
2 sudu besar budu
Garam (kena rasa masin dulu)
Cara:
1.Blend semua bahan bertanda (*) kecuali serai diketuk.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi.Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
2.Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.Masukkan asam keping, budu dan gula.Jika menggunakan budu dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam.Masak sehingga pecah minyak.
Nota:Kuah tumis biar ada rasa masin sedikit.Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat.Kalau makan pagi disediakan sebelah malamnya.
Sambal kelapa:
1 ekor ikan kembung | yg telah direbus dan ambik isi
1/2 biji kelapa | goreng (sangai)
4 ulas bawang merah
2 batang serai
Garam
Gula
Cara:
1.Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.
2.Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.
3.Tumbuk lagi sekali.Masukkan garam dan gula.
Ulam-ulaman:
Kacang panjang
Kubis
Timun (tak letak)
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar (tak letak)
Kacang botol (tak letak)
Taugeh
Cara:
Hiris halus kesemua ulaman.
Sambal Cili:
Cili padi | tumbuk
Cuka
Garam
Gula
Lauk Pauk:(pilihan)
Telur masin
Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar
daging goreng @ ayam goreng
Keropok @ keropok lekor
Solok lada
Bawang putih jeruk
Atau apa2 aja yang disukai
Cara menghidang:
1.letakkan nasi dalam pinggan.Masukkan ulam-ulaman diikuti sambal kelapa.
2.Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.
3.Akhir sekali letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.
4.Jika suka letakkan pula sayuran seprti solok lada, bawang putih jeruk dll.
Sekian, nak olah ikut creativity sendiri pun boleh je
Selamat mencuba
Cik Yaya
#PremiumBeautifulTopAgent
019-9045851/014-5002339
No comments:
Post a Comment