Tuesday, February 16, 2016

JOM KENALI DATO' SERI VIDA (JUTAWAN HUMBLE)




 Ya Allah...tadi dah lunch. Baru je siap makan around 2.30 macam tu, sekarang ni lapar balik dah. Ish tak boleh jadi ni, memang kena cari makanan kejap lagi. Kalau lambat makan, masuk angin lagi susah. Bloating laa yang Yaya paling tak suka. Nak buat satu apa pun tak jadi. Mood pun boleh kelaut. Takpe kita habiskan entry ni dulu then kita mulakan misi menyelongkar makanan apa yang ada kat dapur tu

Well, untuk entry kali ni pulak, Yaya believe mesti ramai yang dah tengok video yang Yaya nak kongsikan ni. Tapi takpe, Yaya nak share jugak kat sini sebab kagum sangat dengan semangat yang ada pada beliau. Video kisah kekayaan Dato'Seri Vida

Bagi Yaya personally, dari mula tonton video Dato' Seri Vida ni, memang Yaya sangat-sangat kagum and happy for her atas kejayaan beliau. Memang beliau sendiri pun mengaku kejayaan yang beliau kecapi hari ni bukan lah datang secara bergolek. And memang betul lah pepatah yang selalu kita dengar, kejayaan takkan datang dengan mudah, kalau tak usaha mana nak datang hasil nya kan? Dan di setiap kejayaan itu, mesti ada halangan dan dugaan tersendiri. Lain orang lain dugaan nya. Kalau nak diikutkan, dugaan yang beliau hadapi memang terlalu tragik, dengan kehilangan 2 orang anak beliau. Tapi cuba kita tengok macam mana beliau bangkit semula. It's really amazing. Tuhan akan uji hamba-Nya sesuai dengan apa yang dia mampu hadap. Cekal betul Dato' Seri Vida ni kan

Dan yang menambahkan rasa hormat Yaya pada beliau adalah sikap. Sikap beliau yang mengikut resmi padi, makin berisi makin tunduk, memang buat Yaya respect. Memang tak ramai yang menang dengan ujian kesenangan. Ada orang, makin senang makin jauh dengan Allah, makin dilupakan yang susah terbiar. Tapi tidak bagi beliau. Sebab tu video ni sangat memberi inspirasi bagi Yaya

And Yaya believe memang impian setiap orang untuk jadi jutawan yang humble macam ni. Moga-moga kita dapat mencontohi sikap dan usaha beliau. Semoga perniagaan kita semua bertambah maju dan kita mampu menjadi usahawan yang kaya berjaya dunia akhirat. Amin...

No comments:

Post a Comment